31 May 2013

Herbalife : Resepi Shake F1 Buah-buahan

31 Mei 2013.

Malam tadi masa nak buat shake, buka peti ais dan nampak pelbagai jenis buah-buahan ada. Memang peti ais sengaja kami penuhkan stok buah setiap hari, keperluan utama shake aku suami isteri dan buah snek mak untuk elak hipo.

Ada buah pear, epal merah, epal hijau, buah naga, mangga dan kiwi. Stok buah kurma memang stok sepanjang tahun ada. Wah, boleh buat resepi shake baru ni! 

Bahan untuk buat shake (portion untuk 3 botol shake):

1/2 biji buah naga
1/2 biji buah mangga manis
1 biji buah kiwi (dibahagi 3 portion)
9 biji kurma (3 biji utk setiap 1 botol shake)
1.5 liter air sejuk (juga utk portion 3 shake)
Sedikit jus mangga Peel Fresh (optional)
2 scoop F1 Tropical Fruit/ Dutch Choc
1 scoop F3

Bila dah blend dengan buah naga, warna buah naga lebih dominan...huhu, shake F1 Dutch Choc encik suami yang biasanya warna coklat pun bertukar warna kepada warna pink kemerahan...hik hik hik!

Sangat sedap! Macam smoothies....yummy~

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)