22 May 2013

Usaha TTC : Kerisauan Datang Kembali


Kerisauan aku tempohari muncul balik hari ni. Kan haritu aku ada bangkitkan isu what if period aku pendek dan tak sampai CD6 atau CD7? Alahai...risaunye! Rujuk entry ini.

Ceritanya, CD1 hingga CD3 alhamdulillah, flow period banyak dan meriah macam juara. Hampir enam tujuh kali bertukar pad sebab pad penuh dari pagi sampai malam. Tapi masuk CD4 hari ni, sehari suntuk hanya keluar sedikit je, itupun tengahari tadi keluar, lepas tu dia buat senyap pula. Masih bertahan dengan satu pad sahaja sampai saat ni. Aku risau kalau malam ni atau esok period aku betul-betul berhenti. Ada efek tak aku makan baki Clomid 2 biji lagi tu untuk esok dan lusa walaupun period dah berhenti?

Alahai period, janganlah buat hal....please! Please be good to me.....

p/s: Adakah ini kesan "Kerana mulut, badan binasa"?

8 comments:

  1. dear,jgn fikir sgt,nt stress. walaupun hati merisau harap2 xde apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikji, yani bukan apa...ingatkan dh mkn duphaston 5hari (3kali 1hari) tu dapatlah period flow yg ok dan cukup, tapi macam tak de beza je dgn period flow tanpa ubat je ni...

      Delete
  2. takpa yani..teruskan je makan clomid sampai cd6 tu walau period dah kering..

    bulan lepas saya on clomid, period 4 hari je, tu pun 2 hari medium flow & 2 hari lagi light je.. sebelum tu saya `study` juga kalau period pendek macam mana kan.. apa yang saya faham teruskan je makan.. ni period dah delay 3 hari. sebelum delay period saja cek, negetif. saya juga ada buat bbt, tp suhu rendah je lepas ovulasi, tak cantik.. ikut bbt saya ovulasi cd15..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raudhah, boleh kongsikan tips buat BBT tak? Yani x pernah buat, member ada suruh buat untuk monitor hari ovulasi haritu. Sempat ke kalau start ambik suhu pada CD4? Atau perlu buat carta BBT utk beberapa bulan untuk tgk paten hari ovulasi kita?

      Delete
  3. boleh sangat.. yg penting ada termometer.. eh, yani ada kan, mcm pernah nampak post.. hehh
    esok dah boleh start, cer buka fertility friend. yg penting amik suhu waktu sama. chaiiyokk! :)
    cuba la sama godek2 chart ttc kat situ, semoga memberi inspirasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, thermometer tu..ade2! InshaaAllah akan mula buat walaupun agak terlewat sedikit...huhu! terima kasih ye Raudhah..

      Delete
  4. Yani,
    Period byk atau sikit bergantung kepada ketebelan dinding rahim. Sy dulu pernah jugak risau kenapa selepas berkahwin period cuma 3/4 hari shj. Sedangkan dulu mesti 6/7 hari. So sy pernah tanya doc pasal ni. Doc kata tak perlu risau..

    Mgkn dulu yani mmg haevy period sbb irregular period. Maka dinding rahim tu tebal. dan mgkn skrg period dah mula regular..makan tebal dinding rahim tidak terlalu tebal dan kuantiti period akan sedikit.

    Untuk detail kena google la..(pernah baca pasal kuantiti period ni di dalam blog dr adilah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, tq for the info CPT.....yani dulu period banyak dan panjang tu masa makan ubat Duphaston dan Provera, mungkin sebab tempoh makan tu tak sama kot, jadi efek dia pun tak sama la, wallahualam! Dulu makan Duphaston 21 hari (2 biji sehari), rehat 7 hari...maybe sebab tu period berketul-ketul, banyak dan lama. Yang kali ni Dr suruh makan 5 hari sahaja tapi 3 biji sehari, maybe dia tak sempat tebal kot?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)