10 May 2013

Breast Pain, CD31, Duphaston dan Clomid

10 Mei 2013.

Hari ni CD31, sepatutnya kalau ikutkan perbincangan dengan doktor OnG, aku dah mula makan ubat Duphaston untuk tempoh lima hari kalau masih belum period lagi. Tapi hati berat nak makan ubat Duphaston tu sebab tanda-tanda nak period dah ada sejak 4 Mei lepas (CD25); breast pain. Hati masih berharap period turun secara natural tanpa paksaan ubat turun darah. 

Semalam berbual dengan kawan opis semasa perjalanan balik ke Melaka dari Johor, aku cakap aku dah breast pain dekat seminggu tapi belum period lagi. Kawan opis suruh check UPT manalah tahu breast pain tu  selain makna nak period, mungkin ada rezeki kali ni. Kalau dah pasti negatif, bolehlah proceed makan ubat Duphaston tu. 

Selera makan sekarang nauzubillah! Cuba kawal makan, tapi end up makan ikut nafsu. Pagi dan tengahari ok lagi, shake Herbalife dan makan nasi tengahari. Tapi malam, even dah shake, masih tercari-cari benda nak kunyah. Kadang kala tu, malam tak shake langsung tapi makan benda selain nasi.

Persediaan diri untuk makan clomid once period nanti, aku blogwalking ke blog rakan-rakan TTC. Kumpul sebanyak mungkin pengalaman mereka yang pernah makan Clomid; ada yang loya-loya nak muntah, ada yang suhu badan naik, ada yang sakit kepala, sakit belakang dan doktor OnG aku beri bayangan mungkin sakit perut. 

Cuma persoalannya sekarang, period aku jenis berubah-ubah tempoh bersihnya. Kalau dulu masa makan ubat Duphaston dan Progyluton, memang period genap 7 hari dan lebih. Tapi bila cuba period natural, tempoh bersih tu tak banyak sampai 7 hari; ada 4 hari hingga 6 hari. Jadi, kalau period kitaran kali ni period tak lama, masih kena teruskan makan pil Clomid  macam yang doktor suruh ke? CD2 hingga CD6? 

Ada sesiapa boleh beri pendapat?

P/s: Langkah persediaan juga dengan merujuk pada artikel perubatan Dr Zubaidi Hj Ahmad -  Clomid : Bukan Ubat Ajaib Untuk Kesuburan.

5 comments:

  1. Yani,
    Duphaston itu pil hormon estrogen. So kalau tak preggy dia akan mempercepatkan period. Kalau preggy dia akan membantu menguatkan rahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, betul juga CPT sebut tu, Yani terlupa pasal fungsi Duphaston selain daripada turunkan period, ia boleh kuatkan rahim...tq ingatkan Yani balik tau!

      Delete
    2. Maaf mencelah bkn estrogen tpi progesterone...kalau period ting tong estrogen tinggi dlm bdn....sebab tu mkn duphaston boleh kuatkn Rahim sebab progesterone hormon persediaan untuk hamil

      Delete
  2. yani, boleh je makan dupasthon tu.. klu x pregnant, period akan keluar.. tp kalau pregnant, ia akan kuatkan rahim.. pasal clomid tu, boleh je makan diantara cd2-5 wlupun tempoh period tu sikit/singkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Sizuka, terima kasih sebab beri info pasal Clomid tu. Yani was-was kalau period secara normal tak sebanyak period lepas makan Duphaston tu. In shaa Allah esok Yani start makan Duphaston kalau masih belum period lagi by malam ni...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)