30 May 2013

Rindu Sangat CH


30 Mei 2013.

Serius, aku rindu tempat ni. Rasa macam kehilangan sesuatu bila belum jejak kaki ke sini untuk tahun ini. Malam tadi, masa baring dengan encik suami, dia peluk erat dari belakang. Aku cakap nak bercuti berdua dengan dia, hanya aku dan dia sahaja. Mencari-cari masa berkualiti bersama. Aku cakap aku tak kisah nak bercuti ke mana pun, asalkan bercuti. Tapi yang pasti, tempat ni memang ada dalam senarai percutian kami berdua. Encik suami pun memang setuju kalau aku sebut pasal tempat ni, dia 'on' je. 

Memang letih perjalanan ke sana, tapi once bila dah ada di atas, perasaan tenang tu akan muncul. Rasa puuuaaass sangat. Yang pasti, encik suami tak akan beri aku drive setiap kali nak ke sini, dia sanggup drive straight dari Melaka sorang-sorang. Kesian kat dia, tu la.....aku suruh ajar aku drive auto, dia berkeras takmo. Bukan apa, at least boleh bergilir-gilir drive long distance. Nak bawa kereta aku, dia tak benarkan pula; kata nanti letih asyik main clutch je. Haish....


Betul kot cakap orang, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berbulan madu....huhu!Banyak kenangan kami kat sini.

4 comments:

  1. Yani, drive auto lagik sonang dari stick... masuk gear D, tekan minyak n jalan. Heehhehe... I dah lama x drive stick... ingat teori, tapi x tau la in practice caner... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, Yani memang eager nak belajar auto, tapi tukang ajar takmo ajar, acaner? Tapi seriously, auto tak pickup la...maybe sebab yani bandingkan cara Yani drive manual dengan hubby drive auto. Ade sesiapa nak volunteer pinjamkan kereta autonya utk yani buat driving test tak? Hehehe.....promise, tak langgar apa2!

      Delete
  2. sy n hubby.. dua2 pakai manual.. hehe.. dah biasa.. sedap dari auto..

    kami pun belum jejak CH lg tahun ni.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sebab yani perasan auto lambat pickup bila nak pecut. Macam tak lawas je..huhu. biarlah org kutuk yani drive manual je, tp bab memecut, yani bleh challenge.

      CH macam memanggil2 je kami sekarang ni....haishhh...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)