02 May 2013

Pizza Campuran Seafood Dan Sosej Ayam


1 Mei 2013.

Masa ke Family Store Masjid Tanah Sabtu lepas, aku terjumpa wholegrain wraps jenama Mission. Oleh kerana bahan-bahan buat pizza minggu lepas masih berbaki, aku belilah wrap ni untuk habiskan stok pizza di rumah. Bila selongkar dalam peti ais, jumpa macam-macam bahan yang boleh dicampur sebagai topping pizza kali ni.


Bahan-bahan yang digunakan untuk buat pizza malam Sabtu lepas. Tambah cendawan butang dalam tin dan isi ketam, yang lain bahan sama je.



Makan dua potong pizza pun dah kenyang giler. Puas hati sebab pizza pedas ikut tekak orang Melaka bila guna Chilli Tuna jenama Ayam Brand. Masak pizza versi wrap ni dalam oven sampai garing, crunchy bila masuk mulut.


Buat pizza kedua, khas untuk encik suami yang balik dari kerja. Satu dulang pizza ni dia habiskan seorang je...huhu! Sedap le tu ye?

6 comments:

  1. Kalau yanie buat entry masak2 n makan2, mmg terasa nak buat jugak la...sama la taste kite nih... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ni lah salah satu faktor berat badan statik seminggu dua ni...asal teringin je, buat..dah buat, of course la kena jamah skit...(sikit lah sangat!)..huhuhu~

      Delete
  2. temptingnyaa... dgn tak breakfast pagi ni..lagi rase lapar..huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe~ maaflah ye sue. benda dah buat minggu lepas, hari ni baru post entry...kih kih kih...

      Delete
  3. adoi....telan air liur sy tgk pic ni...dahlah blom mkn lg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina : huhu, sorry dear! Hari ni hari jumaat kan? Tengahari dah boleh lunch kat Pizza Hut...huhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)