Ahad lepas, aku dan encik suami sekali lagi berpeluang bertemu dengan buah hati kami, Aaron Aryan (Yayan). Rinduuuuunyeeee, selama ni hanya dapat lepas rindu dengan melihat gambar dan video Yayan di FB mak Yayan je. Kalau Mama Yayan muatnaik video Yayan di FB, memang kami suami isteri tonton video tu berulang kali sebelum tidur.
Sebenarnya mama Yayan ni kawan sama belajar di Matriks Penang Kepala Batas dulu. Lama kami terpisah selepas matriks; hampir 11 tahun, aku sambung belajar dan bekerja di bahagian Selatan, mama Yayan pula belajar dan bekerja di Kuala Lumpur. Perkembangan masing-masing hanya tahu melalui FB je, cuma Alhamdulillah, raya tahun lepas kami dapat bertemu. Bila beritahu encik suami yang Mama Yayan nak turun Melaka Ahad lepas dan ajak jumpa, aku dan encik suamilah yang paling seronok!
Gambar masa pertama kali jumpa Aaron Aryan masa Raya 2012 ( 21 Ogos 2012) di AEON Seremban 2
Gambar terbaru jumpa Aaron Aryan Ahad lepas (19 Mei 2013) di Mahkota Parade, Banda Hilir
Tahun 2012, Aaron Aryan (Yayan) baru berusia 2-3 bulan
Tahun 2013, Yayan hampir genap 1 tahun, kejap je masa berlalu kan? =)
Uncle Yein dengan Yayan
Masa tunjuk gambar ni pada mak dan bibik, ayat yang terpacul dimulut masing-masing "Macam anak dengan ayah, muka seiras" Mama Yayan pun sebut benda yang sama, kan? = P
Yayan masa kecil
Ya Allah, keletah Yayan sangat menghiburkan hati. Senyuman meleret...
Ni lah dia gambar Mama Yayan, kawan aku tu.....
Nasib baik ada juga gambar adik Yayan, Aarasy Darwisy.....encik suami banyak ambil gambar Yayan, terlupa nak snap gambar adik Aarasy Darwisy....alahai!
comel :)
ReplyDelete