24 April 2013

Hidup Tanpa Anak : Utusan Malaysia 24 April 2013



24 April 2013.

Ruangan AgamaMega dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (24 April 2013) bertajuk Hidup Tanpa Anak. Berkesempatan membaca semasa keluar makan tengahari di luar. 

Pernah kawan pejabat yang mencadangkan kami suami isteri fikirkan idea mengambil anak angkat. Saya suka tapi encik suami macam tak setuju. Jadi saya fikir semula masak-masak, baik buruknya dan kemampuan kami berdua dari segi emosi, kewangan dan kestabilan hidup. Jadi, isu anak angkat kami pendamkan dahulu, sekarang adalah fasa kami berdua berusaha sendiri dari segi perubatan (moden dan tradisional) dan perubahan gaya hidup. Biarlah Allah yang menentukan segalanya; usaha dan tawakal datang dari kami.


6 comments:

  1. Takpe, selalu berdoa semoga murah rezeki, kalau anak angkat pun ia tetap rezeki. cuma u kawin pun baru 2tahun stengah je takpe boleh usaha utk conceive lagi..taksalah kalau ade niat nak ambik anak angkat tu, sy dulu mmg ckp dgn asben, kalau ade org nak bg sy mmg ambik je. cuma nak ambik anak angkat ni, dugaan dia sama lah mcm TTC. bukan mudah nak dpt, kecuali miracle dari Allah. kalau apply kat orphancare atau JKM pun, diorang layan couple yg dah 5tahun+ kawin je.. tp kalau dpt anak org miskin/yatim lagi bagus kan :) besar pahala...ape2 pun jay doakan semoga awak continue usaha utk TTC tanpa jemu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Jay...Yani sedang cuba positifkan diri walaupun kadang kala tewas juga.

      Delete
  2. sabar ye yani..jgn terlalu fikirkan sgt..nanti jadi tekanan pulak..kalo dah tertekan macam mane hormon dlm badan nak stabil..kena relax&cool ye..sambil2 usaha dan berdoa moga dimakbulkan..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak, bila sibuk dengan kerja tak terfikir pun pasal anak...cuma bila time cuti dan berjumpa saudara mara, kadang terusik juga.

      Delete
  3. Ramai yg cadangkn i untuk ambil anak angkat. Ye la...usia perkahwinan pun dah sama ngan budak darjah 2. Hubby pernah tanya i nak ke ambil anak angkat. For now, i still keep my option open. I tak la kata tak nak ambil, esok lusa kita x tahu kan... tapi so far masih ingin terus berusaha untuk anak sendiri dulu. Dalam hati kadang terpikir, may be this is a sign that I'm not ready yet...sbb tu Allah belum nak bagi. Wallahua'lam... Hanya Dia yg tahu. Bak kata Jay, anak angkat tu pun rezeki juga... kita doalah yang terbaik kan and teruskan usaha :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sweet, hati Yani pun belum betul-betul bersedia 100% untuk ambil anak angkat. Kena sama-sama tekad, baru usaha ambil anak angkat tu dipermudahkan. Hati Yani masih berharap Yani boleh concieve naturally, cuma perlu betulkan dahulu kesihatan badan ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)