06 March 2013

CD40 : Akhirnya Dia Datang

Sumber Gambar : Copet di Google

6 Mac 2013.
Akhirnya Puan P datang berkunjung pada CD40, hari ini.
Terima kasih banyak-banyak. Dah rindu sangat dah menunggu lama.
Datang bersama rasa sakit di perut mencucuk-cucuk.
Bermula hari Isnin lepas, aku dah mula sapu minyak Jerslin di perut sekerap yang dapat, sebelum tidur, masa di pejabat dan di waktu kelapangan. Mungkin minyak Jerslin ni membantu serba sedikit, mungkin.


Sumber Gambar : Copet di Google

Rasanya aku tak boleh bergantung pada contoh kitaran normal 28 hari macam kat atas ni. Kalau aku on medication macam pil perancang dan pil hormon, mungkin bolehlah imagine dalam rahim aku akan berlaku proses-proses di atas, dan boleh jangka bila masa subur. 

Tapi, kalau dah kitaran panjang dan lebih dari 28 hari? Kenalah ikut nasihat nenek yang mengurut aku dulu tu, tak payah spesifik bila masa subur, everyday (except period day lar!) is baby-dancing-day! LOL!

P/s: Melihat pada corak kitaran haid bagi tahun 2013 ini, tanpa bantuan ubat pil hormon, pil perancang dan pil turun haid, adakah CD aku akan kekal sekitar CD39 - 41? Nampak panjang, kalau ikut bulan nampak berselang bulan aku akan turun haid. Tapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada sejarah period setahun dua kali sahaja sebelum kawin dulu (2009).

2 comments:

  1. Mungkin hasil yani turunkn berat badan period dah semakin pendek cyclenya... teruskn usaha ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth : In shaa Allah...mungkin juga pengaruh penurunan berat badan. Mula-mula rasa nak merungut lambat datang, tp cepat2 tepuk diri sendiri...period dah datang ni pun dah kira bersyukur dah!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)