21 February 2013

Strawberry Eve Fiber : Majalah RAPI 1 Ogos 2012


Balik rumah semalam, mak kata ada barang sampai. Mak kata dapat strawberry? Aik...
Bila mak hulur paper bag, rupanya dapat hadiah daripada Majalah RAPI. Aku pun dah lupa aku pernah masuk peraduan Jawab & Menang "Strawberry Eve Fiber" anjuran Majalah RAPI dulu. 

Alhamdulillah.
Rezeki tak disangka. Masuk pun suka-suka je. Bila tengok balik, rupanya peraduan ni dibuat dalam keluaran 1 Ogos 2012 Majalah RAPI, lama kan? Dah dekat 6 bulan berlalu, memang dah tak ingat apa dah. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak pada Majalah RAPI dan Media Karangkraf Sdn. Bhd. 


3 comments:

  1. Oh ni la dia jus paling hot kat Malaysia ni. Yang makan apa saja pun confirm akan kurus. Hoho. Cuba Kak Haryani try test seminggu dua, betul ke tak kawal makan pun boleh turun berkilo-kilo banyaknya? Hehehe... Kalau ada nak gak try test haha. (serious ni nak try)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Lea? Takut la nak makan kalau Lea cakap mcm tu. Huhu....

      P/s: Betul Lea nak try? Akak pos nak? Huhu (Serius gak nak pos ni)..Respons cepat!

      Delete
  2. Wallahualam la kak. Entah tak tahu la sebab testimonial kat FB tu sampai pecah rekod ada seorang customer turun sampai 32KG sebulan (testimoni kawan si dia tu la yang cakap, bukan yang turun 32KG tu yang bagi testimonial sendiri). Huhu... Sebab bila saya consume Herbalife ni macam dah tak ada effect apa-apa dah, statik camtu je sebab dah stop gi gym lagi. Huhu... Eh tapi boleh ke pos? Free ke kak? Hihi... Boleh je bayar yuran pos tu ;)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)