20 February 2013

Aku & Sports Bra

Sumber Gambar : Hasil Carian Di Google

Sejak berjinak-jinak dengan aktiviti beriadah macam brisk walking dan jogging ni, satu isu yang selalu berbangkit adalah pemakaian 'bra' yang tidak sesuai. Ingat selesa ke berjogging, lompat-lompat ni dengan bra berdawai? Sakit hokey! Nak-nak pula plus size person macam aku, azab terasa bila habis berjogging. 

Aku ada rujuk beberapa blog yang berkongsi tip pemakaian sports bra dan tip bagaimana nak mula berlari untuk newbie (macam aku ni!) :


Dok google-google, bump into beberapa blog running mommies yang sangat menarik perhatian. Ni yang tambah semangat nak berlari untuk kesihatan. Seriusly, aku rasa sukan berlarilah sukan yang paling sesuai untuk aku, sebab aku tak berapa gemar sukan yang jenis main bola, yang perlu alat sukan khas, dan yang nak kena ada ramai orang baru boleh main sukan tu.

Sumber Gambar : Hasil Carian Di Google


Dari sebulan ke sebulan dok idam nak beli sports bra, tapi segan nak pergi cari kat kedai, boleh? Tapi semalam aku nekad minta nombor telefon kawan encik suami, minta dia tolong surveykan di mana boleh dapatkan sports bra dan juga anggaran harganya.

P/S: Pernah dengar tak, ada orang yang pakai double bra untuk bersenam? Seksa kot? Pakai satu pun dah sesak nafas, pakai dua...herm!

18 comments:

  1. saya beli kat Butik Adidas . kalau nak yg terkini gi ke Midvalley.promoter kat sana pon sgt membantu...
    benda2 mcm ni kalo nak beli kena yg branded sbb diorg kan pakar. Adidas sgt sesuai utk yg plus size. Nike pon ade, tp cutting nike mcm tak sesuai utk plus size walaupon saiznye adalah XL.
    kalo pasni dah ade satu mesti nak beli lagi...beli dan beli...sbb selesakan terutama sekali time jogging, buat kerja2 rumah mopping, vakum .pkai kat rumah dpn hubby pon ok gak ..oopppsss...
    Ada satu jenama Head.sgt la sedappppp plus sgt selesa...tp mahal la...2 kali ganda kalo tak silap. brand yg biasa nikol david pkai tu.. ok selamat membeli dan memilih sport bra yg terbaik ya...kalo dah beli citer lagi di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umaira Umar : Thanks a lot for the useful info tu ye! Banyak membantu sebenarnya. Nanti dah beli, Yani review..in shaa Allah!

      Delete
  2. bagus entry ni..mmg mencari juga sport bra. Hari tu beli online..tak ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Tipah : Tu yang Yani takut nak beli online ni, especially yg melibatkan ukuran badan. Dah la Yani ni ukuran plus size, bukan standard plak tu. For sure kena pergi kedai tu, ukur kat badan sendiri, baru puas hati.

      Delete
  3. Yani nnt da beli review tau.. yana nk tau jugak..dl penah cr, tp xjumpe yg seswai..pastu trus pendamkn hasrat..nampak entry yani ni laju2 bace n komen..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~LeeyanaRadhi~ : In shaa Allah dear. Kalau jumpa dan dapat beli, Yani cuba buat review, tapi kena ambik gmbr model dalam google la..kang ambik gambar sendiri, ada yg muntah darah tak nak masuk blog Yani lagi pulak...hehehehhehe~

      Delete
  4. Yani, ada ke sport bra untuk yg big cup sized ni? Nanti kalo ada update ya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweeth Tooth : In shaa Allah ade, sebab saya google dalam internet keluar gambar macam bawah entry saya tu, tu saya berani cari. Tapi tak tahulah ada tak pilihan untuk plus size di Malaysia ni. Apa-apa nnt saya cuba cari ye.

      Delete
  5. salam..nak tnye..dah jmpe ke sport bra tu? sy skrng pakai bra yg biasa pun size D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, dah jumpa..boleh rujuk entri saya seperti di bawah, harap membantu ye...

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/05/sports-bra-adidas-climacool-3-stripes.html

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/03/sport-bra-reebok-playdry.html

      Delete
  6. sangat membantu..:) terima kasih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, sekadar berkongsi pengalaman peribadi membeli sport bra....;)

      Delete
  7. Helloo.. I am a little bit confuse about choosing a suitable sport bra for myself. I'm searching at online shop, There's size S M L XL. I'm wearing size 36 cup C. But I don't know better to choose S M L or XL.. (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best advice is you should try first the sport bra at any sportware outlet so that you can identify which size suits you best. Then only you can just grab the sport bra without the need to enter the fitting room (offline method), or you can buy them via online shop witout hesitate. ;)

      Delete
  8. Sy br grab 2 piece, brand pierre cardin..beli sbb nk btlkan posture breast ngan bdn..yeye je..btl ke..tp bila pki sy rasa mcm belakang sy sengal2..sy test kt kedai br tau size sbb size dlm S, M..etc..Jgn malu klu nk test k..beli jgk sbb de promo. Kt Parkson Alamanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sebab ambil peluang cuba sendiri untuk dapatkan saiz sport bra yang sesuai dengan badan sendiri

      Delete
  9. Kalau nak beli saiz sport bra, ada orang kata, kena cari saiz yang lebih 2x ganda dari saiz bra biasa yang kita pakai. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x ganda saiz bra biasa? Bukan lagi longgar ke? mcm mn nak support payudara kita semasa buat aktiviti yang bouncing2 atau jumping2? Huhuhu....tak pernah dengar tip tu pun.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)