25 January 2013

Pelan Pemakanan Herbalife Versi Aku

Sumber Gambar : Facebook Grup Herbalife

Memandangkan ada rakan TTC yang sedang amalkan Herbalife (HL) bertanya cara pemakanan HL yang aku tengah amalkan selama ini, aku nak kongsikan di sini. Senang untuk sesiapa buat rujukan bila-bila masa nanti. Untuk ingatan, mungkin ada perbezaan pelan pemakanan antara aku dan orang lain, bergantung kepada nasihat coach masing-masing.

Mula-mula aku amalkan HL dahulu pada bulan Julai 2012, aku akui aku tak ada tunjuk ajar dari coach yang betul-betul aku ikut. (Note: Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni, ini SEMUA salah diri aku sendiri). Mungkin masa tu belum timbul kesedaran nak fokus dan ambil tindakan segera untuk menurunkan berat badan, ya mungkin juga sebab aku agak skeptikal pada masa itu, boleh ke aku kurus dengan minum HL?

Jadi, akibatnya beberapa bulan permulaan aku ambil HL, berat badan aku tak banyak turun, kadang kala naik, kadang kala statik kat julat bacaan yang sama. Bila fikir semula, aku faham mungkin masa tu aku tak nampak keperluan meminum air yang banyak, bayangkanlah sampai 8 liter sehari! Aku nak habiskan air teamix 2 liter dalam sehari pun kemain payah, sampai ke malam. Bila dah minum air teamix tu, memang perit la aku nak minum air masak banyak-banyak, walaupun kakak yang jual HL tu selalu tanya berapa liter air yang aku minum seharian selain teamix. Dari segi pemakanan pun, aku kadang-kadang kantoi juga. Kadang-kadang aku ambil kekacang sebagai snek antara hidangan utama, terutamanya sebelah petang jam 4 hingga 6 petang. Rupa-rupanya, kacang tak elok dijadikan snek jika tengah dalam proses menurunkan berat badan, kecuali kacang badam, itu pun tak boleh berlebihan.

Bila aku dah join grup HL di Facebook, dan bila aku baca pengalaman dan cara pemakanan mereka-mereka yang berjaya turun berpuluh-puluh kilo dalam masa yang pendek, baru aku sedar, aku dah silap perhitungan dari awal aku ambil HL dulu. Masa tu nak menyesal pun tak guna, kan? Jadi, aku ikut bulat-bulat cara amalan pemakanan mereka-mereka yang berjaya tu, dan aku cuba untuk beberapa bulan. Alhamdulillah, masa tu baru nampak perubahan yang ketara. Dibantu pula dengan rakan HL yang selalu ambil berat perkembangan proses menurunkan berat badan aku setiap minggu. Sekarang ni, kalau aku ada masalah (contoh : naik berat badan bila ambil ACV), aku rujuk pada grup dan rakan HL aku, in shaa Allah masalah dapat diselesaikan segera. Kalau aku macam lalai sedikit, alhamdulillah mereka selalu ingatkan aku. Terima kasih banyak-banyak.

Realitinya, memanglah susah nak ubah cara pemakanan kita selama ini, bayangkanlah selama 29 tahun aku dah biasa bersarapan dengan pelbagai makanan, roti canai la, nasi lemak la, kuih muih la, lontong la....bila nak ubah kepada sebotol shake 400-500ml sebagai sarapan, begitu juga untuk menu makan malam, memang agak sukar. Tapi disitulah mulanya kita kenal kekuatan dalaman diri kita sendiri. Aku selalu bermonolog dengan diri sendiri, antara soalan yang aku selalu tanya pada diri aku;

"Sampai bila aku nak gemuk macam ni?"

"Aku kena sihat, sebab kat dalam rumah aku ramai yang sakit termasuklah aku. Kalau seseorang tak berubah menjadi sihat, macam mana nak jaga yang lain?"

"Aku dah bosan jadi orang gemuk, diperlekehkan dan selalu dijadikan bahan gurauan"

Nak berubah cara dan gaya hidup dalam masa 3 bulan, memang susah. Kalau tak silap aku, aku pernah terbaca di sebuah artikel kesihatan, penulis tu ada tulis, 3 bulan pertama berdiet adalah saat-saat kritikal yang menentukan sama ada diet itu akan berjaya kekal atau bersifat sementara. Kebiasaannya, kalau berjaya melepasi 3 bulan pertama itu tanpa mengkantoikan diri sendiri, in shaa Allah bulan-bulan seterusnya tidak akan wujud masalah nak sesuaikan diri dengan cara dan gaya hidup baru yang lebih sihat. Kena tabahkan diri dan cekalkan diri. Aku set mentaliti aku macam ni;

"Aku dah banyak keluar duit beli produk HL ni, biar setiap sen duit yang aku belanjakan tu berbaloi dengan setiap KG yang turun, perit memang perit, sekali keluar beratus-ratus ringgit, jadi aku kena hargai duit hasil titik peluh aku bekerja selama ini"

Alhamdulillah, setakat 6, 7 bulan aku mengamalkan HL ni, aku dah boleh sesuaikan diri dengan gaya hidup berHerbalife setiap hari. Tak bosan langsung sebab aku nampak kesan positifnya dalam kehidupan seharian aku. Pada satu titik, aku bersyukur sangat-sangat, walaupun aku bermula lambat dan baru nak kenal produk HL ni pada usia 29tahun, aku percaya ada hikmahnya. Jalan hidup, takdir yang Allah tulis untuk kita ni indah dan cantik, cuma kita perlu bersabar menanti dan melaluinya.

Nota : 
1) Aku ikut betul-betul pelan diet HL di atas, contoh kalau sarapan dengan shake HL, aku tak ambil langsung apa-apa makanan / kuih muih beserta shake HL tu.

2) Untuk makanan tengahari, yes, aku makan betul-betul nasi dan lauk pauk. Cuma nasi aku kurangkan suku atau separuh. Sayur aku ambil banyak-banyak. Daging/ ayam/ ikan aku ambil dalam kuantiti sedikit - separuh tapak tangan. Aku elakkan ambil lauk masak lemak (bersantan). Air minum semestinya air suam atau air kosong. Tak ambil langsung ais kosong, air manis mahupun air bergas.

3) Tiada langsung menu minum petang. Snacking tak ambil langsung.

4) Malam aku ambil shake HL sahaja. Kalau lapar sangat (sebab jarak masa yang lama selepas makan tengahari ke waktu shake jam 7.30-8.00 malam), aku akan ambil sekeping roti mil penuh untuk alas perut. Sekeping sahaja! Tanpa disapu dengan apa-apa jem, majerin whatsoever.

17 comments:

  1. bagus..kuat semangat. mcm saya pengambilan HL hny pd teamix je..then pkai PB.x larat nk beli HL beratus2 sbb dh beli PB cash. teamix kurangkan selera n nafsu mkn. pastu tu pkai PB mengikatkan lg perut supaya kecik.pastu byk minum air mineral.alhamdulillah reduce...sebenarnye lg bagus ambik full set HL.mmg akui..disamping menjaga kulit. pernah mkn HL , time tu harga murah lg...ok, sy just share je ape yg pernah saya buat

    ReplyDelete
  2. yup...hl memnang luar biasa..saya juga telah mengamalkannya dan membantu orng yang nak turunberat badan dan sihat..herbalife bukan ubat kurus..herbalife adalah nutrisi makanan dan kite akan belajar mengamal kalori makanan yang diambil..sungguh bagus..bertenaga dan badan terase ringan..kalau dulu saya hanya bazirkan herbalife tu tetpi kini tidak lagi..dulu dibiarkan sehingga expired..sehingga bersalin anak ke 3..Syukur saya mengambil keputusan untuk minum dan amalkan herbalife..saya,suami dan anak2 telah mengambilnyer...

    ReplyDelete
  3. bagusnya..org yng betul2 kuat smangat ..mcm saya ni bila la nak kuat semangat mcm awak...huuu

    x berjalan satu ape pun diet saya ni..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suwaibah YS:

      Takde la kuat semangat mana pun Yani ni, kadang-kadang terkehel juga especially bila hujung minggu. Yani sebenarnya lebih takut berdiet di rumah dari berdiet masa kerja, sebab di rumah bila masak tengahari, confirm kena makan kan? Kalau masa kerja, lunch di kedai, makan boleh bersukat. Tapi bila makan di rumah, kita ngadap makanan, bila dah meratah tu, tangan susah nak berhenti menyuap. Sebab tu Yani takut duduk rumah bila hujung minggu, dasar tak percaya diri sendiri...haha~

      Delete
  4. salam sis, group HL kt fb tu nama apa ye..teringin nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Group Family Herbalife =) , cube cari...tapi rasa perlu ada orang dari dalam group yang add baru boleh join, kalau tak silap la. Dia macam closed group.

      Delete
  5. Slm. Kak.
    F1 2 scoop + F3 ........
    tu apa dia ye?
    Xfhm...
    Tq kak ヽ(^。^)ノ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...
      F1 tu Herbalife Soy Protein Formula 1 dan F3 tu Formula 3 Blended soy protein and whey protein. Sukatan scoop tu berdasarkan sudu yang memang Herbalife bekalkan untuk sukat baha shake.

      Delete
  6. So kira akak da kurus la sekarang tapi still teruskan dengan diet tu ke? Takkan la akak tak makan lauk pauk kegemaran akak da?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurus? Jauh lagi dik oii dari tahap tu. Dulu dari obes tahap 2 kepada berlebihan berat badan (overweight) ...ada lagi 10+kg nak kena turunkan lagi. Jauh lagi perjalanan. Jadi, masih teruskan diet herbalife hampir 2 tahun ni. Lauk kegemaran tetap makan cuma dengan kuantiti yg sepatutnya, x de la bertambah mcm before turun berat. Diet yang sihat...x rugi pun ikut dan x menyesal pun tggl mknn + minuman manis...

      Delete
  7. Salam sis,boleh bg contact no.sy nk tye treatment yg sis buat for pcos

    ReplyDelete
  8. kalau ada group wasap bestnyaa..ada tak group wasap..saya nk join

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde, dan saya pun dah lama berhenti ambil Herbalife. Berat badan pun dah naik balik...huhuhu!

      Delete
    2. Azlina ahmad. Boleh emai sy kat nordagreat@gmail.com.. sy ada group whatapp y akan pantau segala pemakanan.kawan sy lost 20 kg dlm masa 2 bulan..

      Delete
  9. Saya dh beli semua tu cuma saya nk mtak mna2 coach tlg saya.ada ke yg sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik/Puan beli daripada siapa? Kalau beli dengan Herbalife Independent Distributor, mereka kena guide encik/puan sepanjang penggunaan. Atau boleh cari coach Herbalife di dalam FB, sekarang ramai coach yang boelh guide.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)