19 January 2013

Dah Muat Baju Lama !

Sumber Gambar : Posting Maria Kang di FB

Macam tahu-tahu je Maria Kang ni aku tengah gusar pasal berat badan aku yang bertambah kebelakangan ni. Ikutkan aku memang agak tertekan sebab sasaran aku untuk mendapat anggaran berat badan sekitar 60kg++ belum tercapai walaupun sudah masuk minggu ketiga bulan Januari 2013 ini.

Tapi bila dapat maklumbalas daripada rakan-rakan Herbalife, hati rasa tenang sedikit sebab ikut pengalaman mereka, memang akan sampai satu tahap, berat badan kita akan statik pada satu skala untuk jangka masa yang lama. Waktu itu, kena kuat semangat, teruskan juga amalan pemakanan yang sihat dan ditambah dengan senaman. In shaa Allah, selepas itu berat badan akan mula turun lagi.

Walaupun berat badan aku belum melepasi angka 70kg lagi, ada perubahan positif dari segi penampilan dan pemakaian. Alhamdulillah, baju-baju lama dah boleh pakai semula, malah baju kurung yang aku pernah buat pada tahun 2005-2006, dah boleh pakai, siap longgar lagi. Seingat aku, dah lama aku tak pakai baju-baju tu, sebab sangat ketat di bahagian lengan, dada dan peha. Tersimpan je dalam rak baju dekat enam tahun. Bila aku selongkar balik baju-baju kurung lama, aku cuba pakai semula...rasa nak melompat kegembiraan bila muat pakai di badan sendiri!


Ini baju kurung yang aku dah tak pakai selama lebih kurang enam tahun, sekarang dah boleh pakai semula, semua bahagian badan yang dulu sendat dan terbonjol dah tak wujud lagi!! Alhamdulillah....

8 comments:

  1. bagus... ada perkembangan tu.nak try gak la herbalife

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eka: Alhamdulillah, mak dan adik beradik yani dah nampak perubahan berat badan yani. Mak siap tegur semalam, kata yani dah boleh pakai baju lama...siap cakap pada encik suami.

      Delete
  2. Replies
    1. Ieda : Hihi...seronok tau dah boleh pakai baju lama, jimat kos! Huhu....

      Delete
  3. yani..
    saya KG tak turun sgt tapi ada baju2 lama dah muat semula..hehe. Bj skrg dah longgar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPT : Alhamdulillah...tahniah utk awak juga ye! Tu maksudnya awak dah turun muscle mass.....

      Delete
  4. Diet anda menjadi..tahniah la...kuat semangat!~ dah brp bulan pengambilan herbalife? turun brp kilo?? share kit... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umaira: Dah dekat 7 bulan lebih consume Herbalife. Alhamdulillah dah turun hampir 10kg. Tapi sekarang naik sedikit lepas 2minggu consume ACV, tu yang saay risau ni. Saya dah stop ambil ACV dari Rabu lepas, nak tengok kalau ade penurunan berat badan.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)