08 December 2012

Badam : Snek Sihat Tapi Makan Berpada !

Sumber Gambar : Snap dari Majalah RAPI Disember 2012

Sejak berHerbalife ni, snek di antara hidangan utama aku semestinya kacang badam.
Walaupun badam ni snek yang sihat untuk berdiet, tapi kalau di ambil secara berlebihan, boleh jadi tak sihat juga.

Kalau rujuk artikel di atas tu, kita kena hadkan pengambilan kacang badam ni paling banyak pun 11 biji sehari. Kacang badam tu kan kecil saiznya, kalau kita jenis suka mengunyah, memang tak sedar tangan laju je menyumbat kacang badam ni dalam mulut. Hihihi.....

Haa....satu lagi, sekarang ni kalau terasa lapar sangat antara waktu makan utama (musim-musim hujan ni lapar perut luarbiasa sikit..huhu), aku selalu ambil sekeping roti mil penuh (wholemeal bread) untuk alas perut. No more roti putih kat rumah aku tu. Mak pun aku dah sarankan makan roti mil penuh untuk sarapan pagi atau snek waktu petang. Mula-mula memang susah nak ubah tabiat makan roti putih ni, tapi kena cekalkan hati la. Fikir nak jaga kesihatan semua.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)