Cerita dah dua tiga hari dah basi.
Dah berminggu-minggu mak aku dok ulang sebut kat telinga aku hari-hari, dah naik pening plak kepala aku bila mak asyik sebut suruh belikan dia pemanggang ni. Ni semua gara-gara pengaruh banyak sangat tengok rancangan tv masa anak-anak keluar bekerja. Kan kat tv sekarang ni tengah heboh pasal pemanggang ni, siap ada slot khas dalam rancangan bual bicara Zamzarina, Apa Kata Wanita (AKW) tu. Agaknya mak selalu sangat menonton rancangan tu, dah terpengaruh la tu.
Menjajau aku cari laman web, alamat dan no telefon Menang Glassware cawangan Melaka.
Bila dah dapat call, stok pula dah habis. Kena tungu stok baru sampai, baru boleh pergi ambil.
Jadinya, hold je la hajat nak beli benda alah ni sampailah tengahari Khamis lepas, staf Menang telefon dan maklumkan pemanggang ni dah sampai kedai.
Alang-alang dah belikan untuk mak sendiri, mak encik suami pun wajib la dibelikan sekali.
Huhuhu......bila balik rumah, kemain ceria muka mak dan bibik Siti buka kotak pemanggang ni....priceless! Hilang penat redah jammed masa balik dari bandar.....
Lepas ni dah boleh la berjimba dengan pemanggang ni kat dapur!
Ida pun guna pemanggang jugak tapi brand HIG.. HIHII
ReplyDeletetahu...tahu! Haritu pun ada perasan ieda post entry masak-masak guna pemanggang HIG tu...Haji Ismail Group kan? Hehehe.....bentuk lebih kurang je,warna pun sama.
ReplyDeletejemput join GA cikji,hadiah lumayannzzz
ReplyDelete