22 October 2012

Seminggu Sebelum, Tanda-Tanda Dah Ada

Bermula jumaat lepas (19 Oktober 2012), dah mula rasa breast pain, which is a very good sign untuk kitaran period bulan ini. Kalau ikutkan kiraan kitaran period masa makan ubat Progyluton yang suprisingly genap 28hari, berkemungkinan besar aku akan period pada 29hb Oktober ni (mati la, datang bulan dua kali dalam sebulan - awal dan akhir bulan). Since aku dah berhenti makan ubat hormon (read: pil perancang kehamilan) pada 5 Oktober 2012, aku memang mengharapkan kitaran period aku akan datang secara semulajadi tanpa perlu ambil ubat hormon secara berterusan. 

Kalau ikutkan, semasa makan ubat Duphaston dulu, aku pernah dengan sengaja berhenti makan ubat tu untuk 4 kitaran, which is end up aku tak datang bulan langsung selama 4 kitaran tu. Bukan la tak datang langsung tapi bila kena paksa (makan pati delima gulsan) baru keluar. Masa itu juga aku mula start makan Pati Delima Gulsan, seingat aku 11 Februari 2012. Makan je, terus aku keluar brwon spotting, dan keesokkan harinya, aku period sehari. Lepas tu, brown spotting berlanjutan selama 11 hari, period sehari balik dan sambung brown spotting selama 4 hari. Bila jumpa doktor pakar masa temujanji, doktor suruh sambung makan balik pil tu, dan aku period non stop sampai 33 hari. Horrible ok?!

Bengkak payudara, aduh! Bercinta betul time-time ni. Serba tak kena jadinya. Buat apa-apa aktiviti dengan mood bercelaru. Menahan sakit bengkak sampai macam nak demam rasanya. Beberapa kali 'ter'marah encik suami bila dia tersentuh part sakit tu, kesian dia. Orang tu baru nak bermanja-manja dengan isteri lepas penat bekerja sepanjang hari, tapi kena marah pula. Hehe...so sorry abang!

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kitaran period hambaMu ini, berilah kesihatan yang baik dan berilah peluang kepadaku suami isteri beroleh nikmat zuriat kami sendiri..Amin!

6 comments:

  1. Yani try tak air suam lemon tu? Try lah...... hormon jadik ok tau.. =)

    ReplyDelete
  2. ieda,

    yani dah try lemon tu, tp try kat laik ikan kukus lemon semalam...huhuhu. Yani ingatkan nak try minum air madu + cuka epal yang macam ieda pernah post dalam entry http://msieda.blogspot.com/2012/10/note-to-pcos.html

    hari ni gaji masuk, baru nak gi survey cuka epal tu kat kedai pakistan sekitar MITC, Ayer Keroh ni....

    ReplyDelete
  3. hehehe..
    aida pun tengah membengkak ni kak..
    sakitnya! nak meniarap pun sakit :)
    tapi aida suka!

    aida mkn 2 kali delima gulsan tu sejak awal bulan lagi tapi tak serius. kadang-kadang ambik..kadang2 tidak..cuma epo je berterussan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida....seriau kan rasa bengkak kat situ kan? Akak bila nak buka bra,punye la berhati2, rasa berat dan bengkak sgt...aduhai....tidur pun terpaksa baring terlentang,tak sanggup nak baring mengiring....

      p/s: akak pun suke...huhu!

      Delete
  4. cikji ltk kamu kat my bloglist TTC

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)