18 October 2012

Saya Mahu Berubah Ya Allah!

Sumber Gambar : Facebook

Siapa yang tak nak berubah? Semestinya semua orang nak berubah, sama ada ke arah yang lebih baik atau pun ke arah tak baik. Itu pilihan masing-masing.

Bagi aku, aku pilih nak berubah ke arah lebih baik. Bukan bermaksud selama ni aku tak baik, cuma aku nak berubah ke tahap yang lebih baik dalam segala segi hidup aku. Oleh sebab itu, bila nak berubah, kena amal enam peringkat untuk berubah iaitu: Niat, Mulakan Sekarang, Bersama Orang Soleh, Istiqomah, Tawaduk dan akhir sekali Berdoa.

Semoga Allah menerima malah membantu hambaNya ini untuk berubah, kalau boleh dari saat dan ketika ini. Aku takut kalau tak berubah dari sekarang, aku tak sempat malah lebih menakutkan kalau saat nyawa diambil nanti, aku diambil dalam keadaan tak beriman, leka dan sia-sia. Nauzubillah min zalik!
 

1 comment:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)