05 September 2012

CD3 dan Kitaran Normal 28 Hari?

Hari ni dah masuk CD3. Lewat 3 hari. Macam dua kitaran yang lepas. Bila kira-kira balik 2 kitaran kali ni melibatkan 28 hari sahaja. Eh, macam kitaran period yang normal kan? Senang nak kira waktu subur (14 hari sebelum tarikh period seterusnya- betulkan aku kalau aku silap, maklum la aku jenis period berterabur).

Emosi sepanjang dua kitaran ni, tak mengharap sangat berita kehamilan. Tapi bak kata org, kita boleh menipu orang sepanjang hayat, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Buktinya; aku melalak juga depan encik suami dua malam lepas. Terjaga tengah-tengah malam, gigih peluk suami sambil menangis. Emosi orang nak datang bulan ni memang terlampau emo, kan? Macam la bulan ni takde rezeki, sampai bila-bila Allah tak kasi anak....astagfirullah al azim! Mungkin juga salah satu sebab aku terkehel perasaan sebab terfikirkan sekarang ni dah masuk bulan September, tak sampai sebulan lagi usia perkahwinan aku nak masuk tahun kedua dan aku masih macam ni lagi. Nak-nak pulak kat FB masing-masing dalam friendlist aku dok sibuk mengupload gambar anak masing-masing, ade tu yang war-warkan berita kehamilan, sampai aku naik trauma bila nak login akaun FB. Bukan aku tak suka tengok masing-masing dah ada kehidupan yang lebih ceria, tapi aku tak sanggup nak layan perasaan sedih dan sepi dalam hidup aku ni lama-lama.

Nak tunggu bulan Mac tahun depan nak gi Sabah (harap-harap takde yang jadi penghalang), rasa lambat naw plak. Mood nak berhanimun menjelma kembali. Dok gesek-gesek encik suami, nak berBD kat tempat baru, takmo kat rumah. Dah bosan. Heh.....keraskan hati nak gi bercuti jugak walaupun sepatutnya duit yang ada, disimpan untuk keperluan tempahan penginapan dan transport di Sabah nanti. Sib baik duit selit-selit cukup, dan kami cadang nak pergi bercuti sehari dua je pun. Rasanya takde la sampai beribu. Dan...yang paling penting, tarikh bercuti tu nanti tepat pada tarikh jangkaan waktu subur (harap-harap la) aku. Jadi memerlukan kerja keras dan persekitaran yang tenang. Heh lagi...

4 comments:

  1. Chaiyokkkk!! Ida doakan berjaya.. ehem~ ehem~ hiihhi

    ReplyDelete
  2. login FB memang menakutkan..

    takpe, lepas ni login FB upload la gambar2 percutian..lagi best..

    ReplyDelete
  3. BnC,

    Yup...itulah yang yani dok buat skrg ni, upload something else that show we (hubby and wifey) do enjoy our life other than stressing about babies and all that. tapi sekali sekala terkehel gak perasaan dlm hati ni.

    ReplyDelete
  4. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)