10 September 2012

Meminta Dan Memberi

Sumber Gambar: Berita Harian

Berita malam tadi dan pagi ni dipaparkan dalam surat khabar arus perdana. Agak-agak ada tak yang meroyan mempertikaikan isu bonus untuk kakitangan awam macam sebelum-sebelum ni?

Pandangan aku, tak perlulah dipertikaikan sangat. Rezeki masing-masing. Walaupun diberi bonus dan pelarasan gaji dalam tahun yang sama, kami penjawat awam ni bukan diberi kelebihan itu sewenang-wenangnya. Bak kata orang, ada proses "give and take". Kerajaan beri kelebihan dari segi pelarasan gaji dan bonus, tapi dalam masa yang sama, kerajaan semakin tegas dari segi displin dan mutu perkhidmatan kakitangannya. Penilaian mutu perkhidmatan awam pun dah ditambahbaik, jadi penjawat awam tak boleh culas dalam melaksanakan tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)