08 August 2012

Tukaran Duit Raya 2012


Maybank area Ayer Keroh masih boleh kunjungi untuk urusan pertukaran duit raya baru sehingga hari ini. Dah tanya, akak kaunter kata selagi van safeguard bagi signal akan hantar, selagi tu boleh datang tukar duit tapi kena datang awal pagi. Aku datang Maybank jam 9.30 pagi pun dah panjang melingkau barisan manusia nak buat urusan tukar duit ni.

Gi Bank Rakyat area Ayer Keroh, lenggang skit. Sebab? Duit RM1 je yang boleh tukar, duit lain dah habis. Nak tak nak aku tukar duit not RM1 untuk RM100 je la. Itu pun ada had penukaran RM200 untuk duit RM1 bagi seorang pelanggan bank.

Lari kejap ke cawangan bank-bank lain di area Ayer Keroh Height, bank Public Bank dah habis duit baru dan tutup kaunter, bank Ambank suruh datang minggu terakhir bulan Ramadhan. Bila masuk Bank CIMB, dah siap ada notis pemberitahuan proses pertukaran duit raya akan dibuka pada esok pagi (9 Ogos 2012), mulai 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari sahaja. Konfem kul 8.00 pagi esok dah beratur panjang kat depan pintu masuk CIMB ni. Tawakal je la, kalau tak dapat memang nasib la anak-anak buah aku tak merasa duit raya not baru.

2 comments:

  1. lain macam kan suasanan tukar duit raya tahun ni.. sbbnya duit baruuuuuu.. hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Haah tu la pasal....dh rasa mcm pertandingan, kena serbu bank pastu beratur panjang2....agak2 kalau hulur duit raya pakai duit not biasa, sure ade yg kutuk,huhu

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)