19 July 2012

Kena Jumpa Doktor Akhirnya

Ingat tak dalam entri bulan lalu, aku ada bangkitkan isu keputihan?
Aku ingatkan mungkin ini kesan awal berubah makan ubat hormon, tapi nampaknya berlarutan untuk kitaran kedua ubat tu. Jadi, nak tak nak terpaksa la aku ke klinik untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor.

Lepas explain panjang lebar dengan doktor tu, dia cadangkan dua jenis ubat; satu jenis pil makan (Fukole Capsule 150mg Fluconazole 150mg - Antifungal Agent) dan satu lagi jenis cecair (Candazole V Cream - Vaginal Antifungal Cream with Clotrimazole 2%) yang dimasukkan di bahagian intim tu. Ada juga aku tanya, sebab pernah baca dalam forum kesihatan, kalau ubat yang jenis masuk di bahagian intim tu, kena berpuasa bersama dengan suami selama seminggu. Pagi tadi, ada gak berbual dengan suami bab ni, bila mention pasal tak boleh bersama selama seminggu, dia dah buat muka sedih.....huhu, melampau! Sebab tu tanya balik dengan doktor pasal tempoh kuarantin tu, luckily doktor kata tak perlu kuarantin selama seminggu. Ubat yang doktor berikan ni pun hanya untuk kegunaan 3 hari (ubat cecair) dan sehari (ubat pil).

Doktor ada cakap, cuba dulu ubat ni untuk tengok sama ada berkesan atau tidak pada badan aku. Kalau kata tak berkesan, mungkin kena datang semula ke klinik untuk ambil sampel keputihan dan perlu dihantar ke makmal untuk kenalpasti jenis keputihan tu.

Harap-haraplah masalah ni selesai segera....sungguh tak selesa!

5 comments:

  1. Mak aiii... ~ Bahaye ye keputihan itu... Hurm... pape update ye

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.....memula pun rasa macam tak serius, tapi bila dah berulang masuk kitaran ke-2 ubat tu, kena buat sesuatu la untuk kebaikan diri sendiri....tak boleh biarkan.

    ReplyDelete
  3. Yani keputihan yang u alami sepanjang bulan ke atau after sexual intercourse je? jadi gatal tak? sebab i ada juga problem tu, tapi so far yang boleh control the itching krim Candacort. krim Himalaya langsung tak jalan.

    ReplyDelete
  4. BnC,

    Sebelum ni, keputihan ada juga dtg after sexual intercourse yg melibatkan finger thingy, tapi tak de la serius sgt dan tak lama.

    tapi lepas makan ubat hormon yang baru ni (progyluton), start day 1 makan sampai dah nak dekat period day, jadi keputihan, dan kena selalu bersihkan dengan cotton bud. So, bila nak bersama tu, rasa tak selesa la sikit.

    dulu masa gatal2 kat kulit luar miss V tu, doktor ada bagi ubat sapu, tapi untuk kegunaan luaran je la, tak dapat nak rawat sampai ke bahagian dalam miss V.

    ReplyDelete
  5. salam..sy erynna.cume ingin kongsi pengalaman.sy dulu pnh alami masalah ini n plg teruk, sy jarag dpt period hingga sbbkan tahap kesihatan sy kurang.alhamdulillah selepas mggunakan produk herbalife..tahap kesihatan sy kembali sihat dan bertenaga tanpa ade mslh begitu. jd kalau akk berminat, akk lh pm sy dan sy akan bimbing akk gune produk Herbalife. sy pun dah tgk blog akk n akk gune herbalife. jd sy rase terpanggil untuk bantu akk gune herbalife dgn cara yg betul sampai herbalife membawa perubahan yg luar biasa kat akk...ni no sy..0143662263/36...sy tunggu panggilan dr akk...salam:)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)