Artikel 1:
Ada kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi tidak semua yang mengambil pil perancang ada masalah keputihan.
Cara pemeriksaan ialah doktor meneliti faraj wanita itu dengan menggunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan sebenar serta ubat yang lebih spesifik diberi.
Contoh jenis jangkitan
Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) yang perlu dirawat.
Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)
Artikel 2:
Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Herm, sebenarnya ada tujuan aku postkan entry ni, sebab aku tengah mengalaminya. Masuk hari ke-5 makan ubat hormon ni, tiba-tiba keputihan datang melanda agak serius. Kalau ikutkan, memang sejak mula makan ubat hormon duphaston dulu pun ada juga kena macam ni, tapi masih terkawal dan cepat sembuh sebab aku pantau sendiri. Yang aku perasan, setiap kali selepas datang bulan (semenjak makan ubat hormon), memang keputihan akan datang. Cuma tahap seriusnya berbeza-bezalah. Kebiasaannya, aku akan elakkan makan makanan berasaskan roti dan yogurt sebab ada kandungan yis yang boleh menggalakkan lagi masalah keputihan semasa tempoh penyakit ni.
Tapi, bila makan ubat hormon estrogen ni, keputihan tu datang balik. Jadi, aku rujuk pada adik aku la, dah dia pun doktor, lebih selesa dan senang nak bertanya benda-benda sulit macam ni pada dia. Nak gi klinik minta ubat keputihan pun macam segan je, tapi gatalnya hanya Allah jer yang tahu. Dok tergaru-garu, especially masa tidur, tahu-tahu je pagi dah luka.
Member-member TTCian yang lain pernah alami tak simpstom ni? Kalau sudi, bolehlah kongsikan pengalaman dan cara rawatan yang dirasakan berkesan.
Alamak.. ida tak pernah kene ni.. Tapi ida pernah terbaca, nak elak gatal tu, pakai pantyliner herba sentiasa..... Gatal tu insyALLAH kurang... Try ek!
ReplyDeleteieda,
ReplyDeletethanks bg cadangan tu, nnt yani try cari kat mana-mana kedai. herm, tak selesa nak bersama suami kalau mcm ni. potong stim betul la!
keputihan ader tapi ader time ok kadang tak..yg perasan sekarang abis jer peyed akan ader kuar lendir jernih
ReplyDelete@salmi;
ReplyDeletelendir jernih lepas period tu bukan EWCM ke?sejak2 period dgn bantuan ubat ni, baru mula nak kenal apa tu EWCM dan keputihan.....maklum ler org period tak regular ni.
my mom ada amal makan pil perancang, tapi dah stop dua bulan sebab mama ckp haid tiba2 stop. n ada keputihan n keluarkan bau yg kurang enak. try search google, jumpa entri akk... so mcm mana ek? kesian kat mama..
ReplyDeleteSue, boleh cuba rujuk entry akak di bawah ni:
Deletehttp://seindahmimpiku.blogspot.com/2012/07/kena-jumpa-doktor-akhirnya.html
Pendapat peribadi akak, dari segi medikal memang kena rujuk doktor juga, sebab nak tentukan sama ada efek dari pil perancang atau faktor lain. Kalau your mum ada background diabetik pun, mungkin itu salah satu faktor penyumbang.
Kalau dari segi penjagaan diri, ask your mum cuci her private part as frequent as possible dengan air panas + garam. Pakai cotton buds untuk 'korek' keluar keputihan. Cubalah dulu ye.
boleh contact saya di talian 010-9333205 (SMS / WHATAPPS only)..in shaa allah saya bantu mana yang patut untuk atasi masalah keputihan anda semua.. thank you
ReplyDelete