Dah tiga tahun bekerja di sini, baru semalam terperasan papan tanda pada pokok yang ditanam di perkarangan pejabat. Al-maklumlah, kawasan sekitar pejabat ni besar, tak mampu nak jalan-jalan dan baca satu persatu papan info yang dipacakkan pada setiap pokok herba yang ditanam.
Pernah tengok pokok telur belangkas tak?
Macam ni la rupanya. Nama Botani bagi pokok ini adalah Aglaia ordorata
Rupa-rupanya ada khasiat untuk sistem reproduktiviti kaum wanita.
Khasiat daunnya boleh mengubati masalah pengeluaran haid keterlaluan. Manakala bahagian bunganya boleh mengubati masalah putus haid.
Cara makan? Ha, sedang meng'google'. Kalau sesiapa tahu cara nak makan atau minum pokok ni, harap dapat berkongsilah ye.
macam mane saya nak dapat kan pokok ini?
ReplyDeleteSelain daripada kat nurseri, tak pasti pula saya...yang ni ada di tanam di taman sekitar pejabat saya... :)
Deletenurseri area mane ade? sy tinggal kat area bukit katil..
ReplyDeleteboleh dapatkan saya bunga nye sahaja.. (warna kuning).. saya dapat sikit jadi la..dalam dua genggam jumlah nye..
ReplyDeleteTak berani nak janji la, lagipun pokok-pokok tu ditanam di kawasan pejabat... :) apa kata awak cuba cari dahulu di mana-mana nurseri sekitar bandar Melaka?
Delete