InsyaAllah, kalau tak ada halangan, bulan Mac 2013 nak berjalan-jalan ke Sabah. Dalam survey punye survey lepas waktu kerja tadi, sambil tangan sebelah klik mouse dan tangan sebelah tengah call encik suami, kami dah sepakat nak ke Sabah tahun hadapan.
Alhamdulillah, harga tiket pun berpatutan walaupun tak de la sampai 'free seat' macam yang diwar-warkan oleh AirAsia tu. Nasib baik tak bersengkang mata seawal tengah malam tadi untuk tempah tiket AirAsia secara dalam talian.
Hal tiket dah selesai, sekarang garu kepala pasal hal penginapan. Kalau di Langkawi dulu, boleh la jimat kos dengan menginap di Rumah Penginapan Persekutuan. Tapi kalau di Sabah, wallahualam la. Nak tak nak, kena lah mula survey dari sekarang. Adik bongsu yang pernah ke sana dulu cadangkan menginap di asrama backpacker yang agak murah, dalam RM20 semalam. Kalau nak menginap di hotel, mahu kena keluar belanja lebih mahal dari yang dijangkakan.
Ok, chaiyok2! Dah boleh mula mengumpul duit untuk percutian tahun hadapan!
Dapat yg RM200 tu ke yani? Ida tak beli pun.. Nak tunggu lagi murah punya... hahahhaha.. *ade ke tak*
ReplyDeleteHaah ieda,yani dpt yg rege rm200 tu.plus minus dgn kos yg lain tu, hampir rm300 ++ la rege utk 2org. Lgpun yani bukan tahu sgt harga yg best deal utk ke sabah, so assume promo ni dah ok la kot...
ReplyDeleteTune hotel pn ok. Dia joint dgn mall. Senang cr mkn. Tp jauh sket dr town. Backpackers mmg byk kt sana. Since kt sana penuh ngn omputih, hostel dorg canggih. N smack in the middle of town. Senang sgt! Dont worry pasal bilik ;)
ReplyDeletebestnya ke Sabah! I dah dua kali ke Sabah..memang best..jangan lupa pergi Kundasang ya..honeymoon lagi..hehe..
ReplyDeleteKalau di KK tu jangan risau la hotel melambak2..yang mahal, yang budget,tapi kalau booking siap2 pun apa salahnya..
kalau pergi sendiri, jangan lupa simpan duit untuk sewa kereta..agak mahal la sewa kereta, nak2 time cuti sekolah..tapi kalau pergi ikut tour tak ada masalah kot..