Macam-macam cerita boleh kita baca dan ambil sebagai pengajaran dan teladan.
Ada cerita sedih, ada cerita gembira.
Hari Ibu pada aku sama seperti hari-hari lain dalam kehidupan aku sepanjang masih duduk dengan mak lagi ni. Hari-hari adalah hari ibu. Tak perlu satu hari yang spesifik untuk meraikan hari Ibu. Sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan masih tinggal serumah dengan mak ayah walaupun selepas kawin, bergantung pada persepsi masing-masing. Ada orang anggap, kalau dah berkahwin pun masih duduk serumah dengan parent, macam tak boleh survive dan masih bergantung pada parent. Bak kata orang, masih mengabiskan boreh mak bapak!
Takpe la, masing-masing punye pendapat. Aku masih duduk dengan mak pun bersebab. Kalau ikutkan ego dan kalau ikutkan perasaan memberontak, memang dah lama aku ikut suami duduk menyewa di luar. Tapi rupanya perancangan Allah untuk jalan hidup aku telah ditentukan. 5 bulan lepas berumahtangga, arwah abah meninggal dan mak mula jatuh sakit. Tak sampai sebulan lepas arwah tiada, mak dimasukkan ke hospital dan terpaksa dipotong kaki kanan sehingga paras atas lutut. Bermula dari situ, semua perhatian dan tanggungjawab anak-anak terarah kepada mak seorang. Masing-masing perlu korbankan masa, duit dan tenaga untuk sama-sama menyiapkan keperluan dan memberikan keselesaan mak menghadapi situasi baru dalam hidup mak.
Alhamdulillah, dah setahun berlalu. Semangat mak dah pulih dan kami bergilir-gilir menjaga mak, dan kebanyakan masa mak bersama aku di rumah. Datanglah walau lima orang bibik pun, aku tetap ada dekat dengan mak. Kebetulan hari Sabtu lepas, masa kakak aku datang melawat mak, aku ada sama di ruang tamu. Entah macam mana, timbul isu anak-anak balik melawat mak. Mak aku kata tak kisah kalau ada yang tak dapat balik tengok mak kalau masing-masing sibuk, mak faham. Kata-kata yang keluar di bibir mak membuatkan aku dan kakak aku terdiam...mak kata,
"Mak nak bagitahu, setiap kali mak lepas solat dan sebelum tidur, mak selalu berdoa, mak dah maafkan semua anak mak, semua cucu-cucu mak, menantu mak. Mak dah ampunkan kamu semua. Mak tak nak masing-masing terkilan kalau mak dah tutup mata baru nak datang menangis jumpa mak.
Mak pun dah berdoa, kalau Allah nak ambil nyawa mak, biarlah diambil dengan cara mudah dan baik, tak mahu sakit-sakit, berak kencing kena jaga sampai susahkan anak-anak mak"
Sumpah! Masa mak cakap macam tu, aku tak sanggup nak tengok muka mak. Aku lepaskan pandang mata jauh-jauh, sebak rasanya.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)