26 March 2012

Usaha Dengan Minyak Jerslin Pula

Sumber gambar : Snap sendirik!
Sabtu lepas, masa ke farmasi di Masjid Tanah untuk membeli blood strip untuk mak, aku saja gatal-gatal mulut tanya di kaunter kalau-kalau ada jual minyak Jerslin. Tup-tup dia kata ada. Aku macam "Nak beli ke tak. Dah gatal-gatal tanya, takkan tak beli kot?"

Tapi dah alang-alang datang farmasi jauh-jauh macam ni, aku pun beli je la minyak Jerslin ni. Lepas tu sms kat suami suruh dia carikan dalam internet apa kebaikan minyak ni dan cara guna. Sampai rumah, bila buka kotak minyak tu, baru perasan ada kertas penerangan kegunaan dan cara guna dalam tu. Hehe....takpe la, sekurang-kurangnya suami ambil masa untuk baca dan faham semua maklumat pasal minyak ni dengan usaha sendiri.

Bila membaca tu, mata dok cari perkataan yang menjurus kepada masalah suami isteri. Wah....macam-macam kegunaan ubat ni terutama untuk mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat. Ada la dua-tiga tempat yang perlu disapu seperti tapak kaki, kawasan ari-ari, perut dan juga kawasan sulit suami dan isteri. Yang bestnya, minyak ni berbau wangi dan selesa dipakai. Malam tu juga aku pujuk suami sapu sekali kat tapak kaki dia dan bahagian-bahagian lain, suami ikutkan je tanpa banyak soal. Layan jer la isteri dia ni...huhu. Dah dua malam ni, naik je atas katil, terus capai minyak ni dan sapu-sapu pada tapak kaki dan bahagian lain sebelum tidur. Harap-harap menjadi rutin kami berdua, insyaAllah, selagi termampu.

p/s: Ni pun salah satu usaha kami suami isteri nak mendapatkan zuriat, jadi jangan gatal-gatal mulut kata kami tak berusaha ye? Piat telinga tu nanti.....biasa dia!

8 comments:

  1. aida pun pujuk suami amalkan folic asid sekali dengan aida.nasib dia nak...tapi susah jgk nak pujuk mkn folic asid je pon..hehehehe

    ReplyDelete
  2. setakat ni cuma akak seorang je yang makan asid folik tu (obimin), tak de la pula terfikir nak suruh suami join the club...huhu

    boleh ke lelaki makan asid folik? tak ada efek hormon kewanitaan ke pada diorunk? takut la plak kalau ada efek....

    ReplyDelete
  3. Yani, ida memang dah lama guna jerselin ni... heee~~ wangi kan? Pstt... nnti nak bersama kan, letak minyak ni dulu tau.... =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eida;

      Lepas sapu dh boleh terus bersama ke atau kena tggu lama sikit?

      1 lagi soalan (18sx skit).....ade efek ke kalau termasuk dlm mulut?? Hehe...kelucahan sungguh soalan ni...

      Delete
  4. I pun guna Jerslin Oil ni. Especially bila pening kepada, gastrik, cirit-birit and selsema.

    Actually minyak ni boleh titis dalam air dan minum, so BaTiK_PiNk, er..belasah jer ;p.

    Minyak dia very nice sebab wangi dan terus resap, so, er..belasah jer ;p.

    Tapi pesan I, er...bersedia ar.
    pst..energy kena extra tau. Hehe.

    Oh yer, sape nak try minyak ni, email me ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. energy kena extra tau. Hehe.?? Wow....... heheh~

      Delete
  5. Mnyk tu meme boleh minum 2 titik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Tak pernah plak cuba......maybe later on boleh try kot...huhu! TQ for the info!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)