Dalam pada aku nak berfikiran positif pasal rezeki anak, senang-senang je orang lain datang dan musnahkan semangat aku. Dah la sedara, tapi sampai hati cakap macam tu.
Ceritanya, semalam tengahari, masa sibuk menyediakan masakan tengahari, ada sedara rapat sebelah arwah abah datang melawat. Tujuannya hanya satu, nak melawat mak. Ok, fine la...dah namapun sedara kan? Sementara diorunk berbual, aku yang tengah lintang pukang di dapur tu, luangkan lah masa bancuh air minuman dan hidangkan apa yang sempat. Masa nak hidang di ruang tamu, aku cuba maniskan muka, ye la, dah sedara datang, jarang-jarang jumpa (time raya je la kalau nak bertemu muka pun), aku pun ke depan la.
Letak je air, mak sedara yang tengah berbual tu terus sound pada mak aku.
"Tak turun-turun badan dak ida ni? Ni dah lama kawin tak beranak-beranak lagi ke? Gemuk sangat, susah la nak mengandung ni"
Aku cukup tersentak tapi aku cuma sengih je la. Dari niat hati nak stay lama skit kat ruang tamu, aku terus angkat dulang terus beredar ke dapur balik. Rasa nak bergenang airmata masa tu. Tiba-tiba rasa kebas kat muka ni macam baru kena tampar laju-laju. Aku duduk kat tepi dapur sambil pasang telinga apa jawapan mak aku. Dari apa yang aku dengar, mak backup aku dengan ayat yang aku rasa sepatutnya keluar daripada mulut seorang mak yang memahami situasi dan perasaan aku sekarang ni. Terima kasih mak...
Ya Allah!
Mudahnyer orang jatuh hukum pada orang macam aku tanpa fikirkan perasaan aku. Aku sms suami masa tu, meluahkan perasaan pada suami. Suami macam biasa lah, suruh banyak bersabar dan abaikan kata-kata orang yang menyakitkan perasaan.
Salah ke aku berbadan besar? Hanya orang kurus je ke yang boleh ada anak? Berdosa besar ke sampai sedap-sedap mulut nak jatuh hukum aku tak boleh mengandung sebab gemuk?
Sedih sangat. Kalau ikutkan hati dan perasaan sentap, mahu je aku doakan anak, menantu dan cucu dia rasa sendiri situasi aku sekarang ni. Biar dia tahu macam mana perasaan bila asyik ditanya dan dipersendakan bila masih tak mengandung lepas kawin. Aku bukan semulia Nabi. Aku tak sekuat dan setabah Nabi menghadapi dugaan. Tak apa la....biarlah apa pun orang lain nak kata, nak persenda, nak malukan....semoga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ini.
entah lah kak..
ReplyDeletesedara aida pun sure ada yang kata mcm tu jugak. tapi xberani kot nak kata depan-depan..hehehehe...sebab kang kene fire balik..
kwn suami pun dah ada yg mengata, kenapa aida xmengandung lagi. itu nasib mengata depan suami,jadi selamat lah. kalo depan saya memang dah kene dah tu....
kalau asyik fikirkan pasal anak, takut2 terpesong niat kita berkahwin untuk apa....sekadar nak anak atau nak dapatkan kebahagiaan hidup bersama suami isteri?
ReplyDeletetapi mulut2 macam mereka la yang selalunya meruntuhkan rumahtangga org yang sedang berusaha macam2 cara nak dapat anak.
Sabar yani.. kita kan golongan special.. heee~~ *senyum sikit!*
ReplyDeletesalam kenal dari Umaira..
ReplyDeleteSaya dah follow blog kamu..
Pasni boley la kita share citer,pengalaman dan usaha dlm usaha utk dapatkan zuriat ya...
Sabar yer...
ReplyDeleteTTCian kan kuar semangat...
Sbb itu Allah menguji golongan seperti kita...
Hie Umaira...salam perkenalan juga!
ReplyDeleteInsyaAllah, kita boleh berkongsi segalanya ttg usaha nak mendapatkan zuriat di kalangan TTCian macam kita... :)