06 March 2012

Ubat Oh Ubat


Ubat oh ubat... Dah naik bosan dok telan ubat siang malam. Tapi apa nak buat, demi kesihatan diri dan demi nak memperelokkan segala apa yang kurang dalam badan ni, kenalah juga telan segala macam ubat. Yang kurang, nak usaha lebihkan. Yang dah terlebih, kena pula kurang-kurangkan.

Pagi tadi, dah masuk botol keempat Pati Delima Gushan kami suami isteri minum. Seminggu satu botol, bermakna dah hampir sebulan kami mengamalkan meminum pati delima setiap awal pagi dan sebelum masuk tidur. Alhamdulillah, badan rasa makin sihat dan bertenaga. Yang aku perasan, setiap hari sekurang-kurangnya sekali aku akan buang air besar. Angin pun selalu juga keluar..hehehe. Kerap sendawa. Bila baca khasiat minum pati delima ni, memang ada disebut tentang 'menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan'. Mungkin ni salah satu simptom mengamalkan pati delima ni kot?Sedap juga minum pati delima ni walaupun kadang-kadang perut macam terkejut rasa masam-masam pati delima ni masuk awal-awal pagi. Huhu...

3 comments:

  1. Sebulan 4botol???????? Ida baru nak masuk botol ke2 ni.. dah dekat sebulan gak la.. ihihi... minum pagi laki bini je.. malam tak pun! =p

    ReplyDelete
  2. eida;

    yani pun minum suami isteri. dah perasan dah, kalau minum seorang satu sudu setiap pagi dan malam, memang cukup-cukup untuk seminggu. untuk sebulan, memang kena ada 4 botol dalam stok.

    sebab tu, dok cari kedai yang jual pati delima dengan harga murah. setakat ni jumpa harga pati delima RM20 yang paling murah. tu pun stok tak banyak. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Saya ada menjual pati delima.. RM13 sebotol untuk sekotak 24 botol.. berminat boleh hubungi saya 019-6644991.. TQ ;)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)