06 March 2012

Status PTB, Alhamdulillah!

Alhamdulillah....syukur akhirnya penantian dah berakhir. Sekejap tadi, kakak pejabat yang sama-sama daftar dengan aku dulu suruh semak dalam laman web SPA tentang status Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kami. Sebenarnya, masa bulan Januari tempohari, genap 3 tahun perkhidmatan aku dalam kerajaan. Disebabkan bulan Januari ada rombakan unit dalam jabatan aku, masing-masing sibuk nak sesuaikan diri dengan unit dan ahli kumpulan baru, aku terleka sekejap nak follow up status PTB aku ni di bahagian sumber manusia. Masuk bulan Februari bila masing-masing baru sedar, menggelumpurlah masing-masing siapkan dokumen dan gi jumpa pegawai di bahagian sumber manusia. Huhu....

InsyaAllah, lepas dapat surat dari Putrajaya nanti, dah boleh mula fokus pada proses seterusnya, iaitu urusan dengan pihak KWSP. Ada member-member di pejabat kata, proses di KWSP tak lama, cukup dokumen dan ada surat dari Putrajaya, tak sampai seminggu dah boleh selesai.

 Baru perasan info ni masa surf laman JPAPencen ni tadi. Huhu....ni la akibatnya kalau tak rajin baca info-info penting dalam laman utama SPA/ JPA. Diri sendiri yang rugi.

6 comments:

  1. Ida dulu tunggu dekat 2weeks.. baru dapat duit... hahahahhah!! kayo makcik!! =p

    *boleh bawak g hanimun , ye dak? =p*

    ReplyDelete
  2. eida;

    ye ke? mungkin kena tgk juga cawangan KWSP mana kita rujuk kot?

    * tak dan kot nak guna utk shopping2 masa hanimun, sebab gi langkawi nnt ujung bulan April. Huhuhu....redha je la.Mungkin ade hikmah disebalik semua ni...

    ReplyDelete
  3. macam ska 1minggu dh masyuk..biler dh masyuk tu macam2 lah nampak hehehe

    ReplyDelete
  4. salmi;

    itu la, takut bile dah nampak angka2 dalam akaun bank, jadi rambang mata semua benda nak beli. apa-apa pun dah refer kat pusat zakat melaka, nak bersihkan dulu duit tu (bayar zakat), lepas tu baru fikir nak guna untuk beli apa.

    ReplyDelete
  5. hmm...sy pun ckup tmpoh berkhidmt bln januari.tp trikh ptb pd bln september nnt.wlpun status skrng da siap diproses.kesilapan dari phk mne pun x tau..

    ReplyDelete
  6. Maknanya proses keluar kwsp..boleh dibuat selepas tarikh ptb

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)