05 March 2012

Rezeki Bunting Pelamin

Lepas waktu kerja, saja jenguk FB. Tengok apa perkembangan kawan-kawan dan adik beradik yang lain. Ternampak status FB adik sepupu yang baru nikah awal tahun ni, dah mengandung rupanya. Mungkin bunting pelamin. Alhamdulillah... Adik kepada adik sepupu aku ni pun tahun lepas bunting pelamin lepas kawin tahun lepas. Disember lepas dah pun menimang cahayamata lelaki

Terdetik dalam hati, mudahnya masing-masing mengandung, bunting pelamin pula tu. Bila sms adik aku, dia balas "Bukan senang pregnant...masing2 punye rezeki...InsyaAllah, jangan putus doa" 

Putus berdoa? InsyaAllah, tak.
Setiap kali selesai solat, aku cuba seboleh-bolehnya menyelit doa, memohon Allah tiupkan roh rezeki anak ke dalam rahim aku. Mohon agar hubungan suami isteri antara aku dan suami (malam tu) diredhaiNya dan tidak sekadar lepasan nafsu. Sehingga kadang kala aku jadi segan dan malu asyik meminta-minta pada Allah. Aku takut aku terlalu meminta benih zuriat dariNya, tapi aku tak tahu lagi mampukah aku menjaga zuriat itu bila Allah tunaikan permintaan aku itu kelak?

Tak apa la....rezeki orang, aku doakan hanya yang terbaik. Rezeki aku masih dalam perancangan Allah yang Maha Berkuasa. Entah bila, tapi aku yakin Allah mempunyai agenda yang terbaik untuk diri ini. Buat masa ini, biarlah aku teruskan usaha berubat secara moden (ubat hormon, pemeriksaan kesihatan) dan tradisional ( pati delima, berurut) , bukan sekadar menadah tangan meminta sahaja pada Nya.

2 comments:

  1. isy...
    jagan fikir macma tu kak.
    xpe kita minta je apa pun.dengan DIA lah kita meminta..
    xpe, jgn putus asa.
    sama-sama lah kita...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)