27 February 2012

Mood Nak Bersenam


Jumaat lepas, temujanji dengan doktor pakar di klinik OnG Hospital Melaka. Saat yang mendebarkan kembali lagi iaitu sesi ambil tekanan darah dan timbang berat badan. Sebetulnya aku memang dah dapat rasa badan ni makin naik sebab bahagian pinggang rasa tak selesa dan aku selalu rasa mengah. Aku agak-agak mesti berat aku naik lebih dari 80 kg. Empat kali temujanji dengan doktor sejak bulan Mac tahun lalu, berat badan aku naik turun sekitar 78.0kg ++ hingga 79.0 kg++.  Doktor OnG siap referkan aku pada doktor dietician untuk bantu turunkan berat badan untuk mudahkan proses mengandung. Kali ni berat aku cuma turun 0.4kg je dari berat masa temujanji ketiga pada bulan September tahun lepas. Hadoiiiyaaiii.....macam biasa la, doktor pakar Vyonne cakap dengan aku suruh turunkan berat badan dengan kawal pemakanan. Bukannya aku tak kawal makan, sekarang ni aku memang dah kawal pemakanan aku, cumanya aku tak bersenam, jadi proses nak turun berat badan tu lambat la.


Balik dari klinik OnG tu, aku cerita pada encik suami apa yang doktor tu beritahu. Kali ini, doktor Vyonne tu minta aku sambung makan ubat hormon tu untuk 4 kitaran lagi lepas dia rujuk pada HOD OnG (Doktor Tham). Maksudnya bulan Jun nanti, aku kena datang balik jumpa dia untuk rawatan susulan, mesti masa tu dia akan periksa perubahan berat badan aku. Kalau turun, alhamdulillah, tapi kalau tak ada perubahan dan lebih teruk, makin bertambah, memang sah-sah la kena tadah telinga dengar leteran doktor pakar tu.


Hari Sabtu tu, aku ajak encik suami ke AEON Bandaraya Melaka, selain nak cari pakaian dalam, aku juga nak beli sepasang kasut sukan. Aku dah pasang niat nak mula bersenam, kalau pun tak kurus mana, aku nak seboleh-bolehnya nak turunkan berat badan bawah 70kg dalam empat bulan ni. Dalam masa yang sama, idea jahat dah mula masuk jarum...."Kalau lambat sangat nak turun, rasa nak try beli pil/ minuman herba untuk kuruskan badan cepat-cepat"....Haiyaa.....kasi jauh idea jahat ni!! Nak cuba cara semulajadi dulu...

Herm, kasut sukan dah ada. Nak kena siapkan barang-barang lain macam stokin, baju sukan, seluar track dan yang penting ipod shuffle yang dah lama tak guna untuk sekian kalinye...

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)