27 February 2012

Bibik Indon Chipsmore

Bibik versi chipsmore: kejap ade, kejap tak de....
Malam Sabtu kelmarin, kak Teh aku datang bawa bibik baru. Aku antara excited dan tak excited, sebab hati masih ragu-ragu lagi lepas kes bertukar ganti bibik 4 orang tak sampai satu tahun. Trauma betul aku dengan bibik-bibik dari Indon ni. 

Tengok orangnya macam ok. Umur betul 40-an, tapi umur atas kertas dia tulis 30-an. Biasa la taktik agen nak bawa masuk pekerja asing. Nama 'Mesra'. Akak aku korek cerita peribadi dia masa dalam perjalanan ke rumah mak, dia ada 3 orang anak, yang sulung ada di Pulau Pinang, kerja kilang kat sana dah hampir setahun, yang lain masih di Indon tinggal dengan mak bapak dia yang masih hidup. Dia pun mengaku ada bawa telefon bimbit untuk urusan peribadi, tapi kakak aku dah awal-awal beri amaran jangan sampai leka dengan telefon masa kerja nanti. So far, kakak aku dah brief pada dia apa tugas dia kat rumah mak aku, tugas utama dia jaga mak aku, kerja rumah yang lain cuma bantu sikit-sikit je.


Pagi Ahad tu, aku tengok ok je kerja dia, bangun awal dan uruskan mak aku solat Subuh dan bersihkan diri (mak aku mandi berak sendiri, cuma kena bantu keluarkan kerusi roda dari bilik air sebab ada bonggol sikit). Lepas tu dia tolong sidai baju yang baru lepas dimesin, tolong lap-lap habuk kat almari. Sementara aku menggosok baju kerja aku dan encik suami yang sebeban tu, mak ajak dia masak sayur pucuk paku kat dapur. Ok la, fine. Lepas makan, mak aku nak berehat sekejap sementara nak solat Zuhur, dan aku pun sambung gogok baju balik.

Tetiba, bibik Mesra ni ketuk pintu, aku ingatkan dia nak minta apa-apa. Tercegat depan pintu bilik aku, dia cakap "Saya ngak bisa kerja di sini lagi, saya rasa mahu balik jumpa agen saya". Aku blur macam " Eh, ko pehal lak ni?" Aku tanya pada dia "Kenapa? Ada masalah ke kerja di sini? Dia kata " Ngak, ngak ada apa-apa, cuma saya rasa ngak bisa jaga nenek (mak aku), saya takut kalau nenek jatuh, saya dipersalahkan" Masa tu aku dah macam apa la Indon ni, macam-macam lak songeh ko ni. Aku dah malas nak banyak cakap, aku suruh dia tunggu dulu, aku kena bincang dengan kakak aku, tak boleh la beri kata putus macam tu je. 

Lepas tu, aku telefon kakak aku, bagitahu pasal bibik ni. Akak aku dah macam meradang, sebab tak sampai 24 jam bibik baru dah buat hal. Memula akak aku suruh cakap kat bibik tu, tak boleh berhenti kerja sebab ikut perjanjian minimum kena kerja 2 tahun baru boleh balik. Aku kata ok la, aku cakapkan nanti pada bibik tu. Pastu aku rileks dulu, malas nak bagitahu awal-awal pada bibik tu. Tak lama lepas tu, abang ipar aku telefon semula, suruh serah telefon pada bibik. Aku passkan pada bibik, lepas tu aku keluar. Aku pasang telinga, agaknya kakak dan abang ipar aku bersoal jawap dengan bibik tu, tapi nampak gayanya memang bibik ni dah nekad nak berhenti. Macam-macam alasan dia bagi, tangan tak kuat la, rasa nak demam la dan macam-macam lagi.

Tak lama lepas tu, kakak aku telefon HP aku, suruh bersiap dan bawa bibik tu ke rumah dia untuk dihantar semula pada agen di Duyong. Aku kejutkan mak yang tengah baring, dalam pisat-pisat tu aku cakap dengan mak, kakak aku suruh bersiap nak hantar balik bibik. Mak aku terkejut sangat. Aku cakap, ikutkan je la cakap kakak aku tu. Dah sampai kat depan Petronas Batu Berendam tu, aku konvoi dengan kereta kakak aku menuju ke Duyong. Sampai kat rumah agen, bibik tu turun dulu (tak menyempat-nyempat), pergi jumpa kakak aku, aku dengar dia minta maaf banyak kali sebab minta berhenti kerja. Akak aku dah malas nak cakap lagi, cuma dia cakap pada bibik tu, tindakan bibik tu dah menyusahkan banyak pihak. Lepas bibik masuk dalam rumah agen, sampai kesudah dia tak keluar tunjuk muka lagi. Agen tu macam serba salah dengan kakak aku, malu pun ade sebab tak sangka tak sampai 24 jam, bibik yang dia bekalkan buat hal.

Lama juga kakak aku berbincang dengan agen tu, minta dapatkan bibik baru untuk gantikan bibik Indon yang sengal tu. Agen tu ada cakap, kakak aku dan famili kami ni berlembut sangat dengan bibik-bibik kami tu, ikut sangat cakap bibik tu. Masalahnya kami malas nak berdepan dengan masalah bibik lari dari rumah lagi macam kes bibik Febry dulu tu. Buatnya dia lari dari rumah, tinggalkan mak sorang-sorang kat rumah masa kami semua pergi kerja, macam mana? Daripada ambil risiko, baik kami serah awal-awal dia pada agen.

Payah betul berurusan dengan bibik-bibik Indon ni, banyak sangat kerenah dan perangainya. Dah tahu datang ke Malaysia mencari rezeki, jangan la buat hal remeh temeh menyusahkan majikan. Bayangkan tak sampai setahun kami bertukar ganti bibik seramai 5 orang! Kalau bibik-bibik Indon ni kerja betul-betul dan tak mendatangkan masalah, rasanya boleh bertahan 10 tahun (1 bibik kontrak 2 tahun) menjaga mak yang sorung tu.....alahai.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)