Enam hari bercuti, macam-macam rasa bercampur baur dalam hati aku ni. Seronok, best, puas, sedih, makan hati dan geram pun ada. Dua hari pertama bercuti, aku sibuk uruskan hal famili sebelah sini, aku pergi berurut, ke pasar dan bawa mak ke Hospital Pantai Ayer Keroh untuk mendapatkan tarikh temujanji dengan doktor pakar pembedahan vaskular.
Lepas deal dengan adik bongsu aku untuk tolong uruskan mak sepanjang ketiadaan aku di Melaka, aku bergerak balik Seremban pada Jumaat malam. Pagi sabtu, aku, suami dan dua anak buah suami ke Ulu Bendul, Kuala Pilah untuk mandi manda. Seronok dapat mandi manda dengan suami kali ni, dulu mula-mula datang Ulu Bendul suami terpaksa kerja, jadi mandi manda dengan keluarga mertua sahaja la.
Selesai mandi manda, balik ke rumah dan bersiap ke bandar Seremban untuk alter baju kurung yang aku beli di Kamdar tempohari. Bahagian lengan baju tu panjang sangat, kalau dilipat, nampak tak sesuai pula. Kebetulan kakak ipar nak carikan baju kurung untuk anak buah yang kecil tu. Lepas selesai beli baju, bergerak ke Seremban 2 untuk makan tengahari di Restoren PappaRich. Lepas makan, masing-masing punye tekak nak merasa makan aiskrim Tutti Fruitti di kedai berdekatan. Pak mertua pula telefon, suruh balik cepat-cepat sikit sebab pukul enam petang dah kena bergerak ke Hotel Summit, Subang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada adik lelaki mak mertua. Sempat lagi tu ke JJ Seremban untuk mencari kasut untuk dipakai malam tu.
Masa malam di Hotel Summit tu, ada la selisih faham sikit dengan suami sampai masing-masing merajuk. Tapi alhamdulillah, bila dua-dua dah sejuk, pandai pula tercari-cari satu sama lain. Benci betul bila bergaduh macam ni. Balik dari majlis tu, dah hampir-hampir detik tengah malam tahun baru. Maknanya menyambut tahun baru di tengah-tengah lebuh raya PLUS. Huhu..nasib2.
Pagi-pagi Ahad, dah bangun sediakan bekalan makan untuk perjalanan ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Tolong famili mertua siapkan roti sandwich dan nasi lemak kat dapur. Dalam pukul lapan lebih, bergerak dengan dua kereta ke sana. Sepanjang perjalanan tu, ada la dua-tiga drama yang terjadi. Masa tengah panas, berkobar-kobar hati ni nak tulis dalam blog, siap dah pasang niat dah. Tapi bila dah dua tiga hari balik ni, hati pun dah mula sejuk, malas pula rasanya nak tulis...huhu. Biarlah semua tu tersimpan rapi dalam hati ni. Apa yang baik dijadikan teladan, yang buruk insyaAllah akan dijadikan sempadan di masa depan.
So far, sepanjang dua hari dan satu malam di Colmar Tropicale ni, biasa je. Tak de la terlalu best dan ter de la terlalu buruk sangat. Mungkin timing kami tak betul, jadi masa check in masa tu, memang agak kelam kabut sedikit. Ingatkan tak ramai orang naik ke sana, tapi bila sampai, masyaAllah seramai-ramai umat. Naik rimas pula tengok ramai sangat orang terutamanya pelancong dari luar negara. Sampai di atas tu pukul sebelas lebih pagi, masa check-in yang sepatutnya pula jam tiga petang. Mahunyer tak masak duk menunggu kat lobi hotel dengan sepenuh-penuh orang kat situ. Memula teruja la bila dah sampai, tapi bila dah masuk dua tiga jam menunggu bilik disediakan, masing-masing muka dah mencuka masam. Yang paling kesian, mak dan pak mertua aku la, penat dok menunggu kat kerusi di lobi hotel tu. Anak-anak buah dan kakak-kakak ipar dah penat berjalan-jalan disekitar Colmar, ambik gambar pun dah. Last-last aku tawakkal je, datang ke kaunter dan minta kalau-kalau dah ada satu bilik untuk mertua aku masuk dan berehat dahulu. Alhamdulillah, dapat, cuma lagi dua bilik kena tunggu sementara dikemaskan selepas orang sebelum kami check out.
Bila dah dapat kunci bilik, masing-masing serbu bilik tu untuk merehatkan badan yang dah keletihan dan kelaparan. Masa jalan-jalan kat bawah, agak terkejut bila tengok harga makanan yang dijual agak mahal dari biasa. Nasib baik dah beli awal-awal makanan dan kudapan dari Seremban dan di RNR Plus. Selesai makan, turun semula ke lobi hotel untuk bertanyakan baki dua bilik lagi. Macam-macam ragam boleh dilihat masa di kaunter. Alhamdulillah, giliran kami menunggu tak lama, terus dapat kunci dua bilik hotel untuk kami suami isteri dan ipar. Masuk je bilik, masing-masing kejarkan katil. Boleh tahan juga cantik bilik hotel Colmar Tropicale ni. Kami menginap dalam Deluxe Twin Beds Suite.
Eh..bersambung di post akan datang lah ye....panjang sangat pula rasanyer post ni...kui kui kui
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)