Mulai esok aku akan bercuti selama beberapa hari untuk menghabiskan baki cuti tahunan aku dan suami. Masih tak tahu nak bercuti ke mana, sebab masing-masing dah pening nak fikir ke mana nak bercuti kali ni. Sabtu ni ada kenduri perkahwinan saudara sebelah suami di Shah Alam, mertua dah siang-siang booking suami suruh pergi sekali. Lepas tu nak bawa mak ke Hospital Pantai Ayer Keroh untuk urusan buat tapak haemodalisis, sebab hasil temujanji dengan doktor pakar Hospital Besar Melaka menunjukkan kesihatan buah pinggang mak agak tidak baik. Sebolehnya mak perlu buat tapak haemodalisis tu dengan kadar segera, bermaksud, selepas ni mungkin mak kena jalani rawatan haemodalisis di mana-mana pusat haemodalisis di Melaka sebanyak tiga kali seminggu. Kesian mak.
Entah lah, otak aku sekarang dok pening fikirkan pasal mak, pasal ke mana nak bercuti dan pasal bibik baru ni. Aku risau nak tinggalkan mak berdua dengan bibik baru ni tanpa pengawasan adik beradik aku. Setakat hari ni, feedback mak tentang bibik ni agak tak memberangsangkan. Apa yang aku perhatikan, bibik baru ni kuat menjawab setiap kali mak suruh dia buat kerja. Suara dia dah la kemain nyaring menjawab, ade je yang dia nak bangkang cakap mak aku. Mak siap cakap, bibik yang sebelum ni seribu kali bagus daripada bibik Yuni ni.
Kami ni dah bercakap macam ayam dengan itik je kat dalam rumah tu. Aku cakap dia tak paham, dia cakap aku tak paham. Lain yang aku suruh dia buat, lain pula yang dia buat. Bibik Yuni ni pun banyak buat kesilapan yang aku rasa, kalau ikut common sense, dia sendiri pun dah boleh fikir pakai kepala otak sendiri benda tu tak patut buat. Jerang air panas, lepas tu terus cabut plug dari cerek, tapi tak tutup elektrik. Bawah cerek bertakung air atas meja tu. Tak ke bahaya? Kalau dia yang kena renjatan elektrik tak apa juga, tapi kalau kena mak aku? Geram pula bila fikirkan sikap bibik Yuni ni. Ateh ada cakap, kalau nak tegur bibik ni, biar tegur masa tu juga, jangan simpan-simpan.
Aku bagi arahan kat dia sebutir-sebutir, aku kata tolong keluarkan daging dari peti sejuk, masuk dalam bekas dan biarkan bekas tu tepi sinki, dan JANGAN rendam dengan air sebab tak nak daging tu busuk. Aku ulang bagi arahan tu dua kali dengan harapan dia paham. Aku tergerak hati nak ke dapur tengok kerja dia, rupa-rupanya dia tak paham jugak, dia rendam juga daging tu dalam air. Aku jerit panggil dia, aku kata "Kan saya pesan tadi jangan rendam dalam air nanti cepat busuk?". Dia boleh balas " Lohh, tadi bukan dipesan rendam dalam air ya?"....Urut dada betul aku dengan perangai bibik ni.
Hati meronta-ronta nak gi bercuti, nak tenangkan fikiran dan luangkan masa berdua dengan suami, tapi otak jadi runsing macam mana la nak tinggalkan mak dengan bibik Yuni yang kaki menjawab ni. Jangan la diapa-apakan mak masa aku dan suami aku tiada di rumah nanti.
Amin.moga2 semuanya okay.hehe.
ReplyDelete