05 January 2012

Percutian Yang...Herm...Part 2

Mungkin sebab keletihan menunggu lama, kami terlelap sampai maghrib. Bangun tidur, terus mandi dan solat dan menuju ke bilik mertua. Lepak sekejap makan baki nasi lemak yang ada, suami mengadu masih lapar. Jadi kami turun ke bawah hotel berenam, jalan-jalan sambil tengok pemandangan Colmar Tropicale pada sebelah malam pula. Ramai juga yang menjamu selera di restoren-restoren makanan barat. Aku dan suami berhenti di depan kedai melukis karikatur, suami ajak cuba. Kesian pula tengok suami beriya-iya mengajak, dalam masa yang sama dia sedang kelaparan lagi. Menunggu giliran dilukiskan gambar, mengambil masa yang agak lama juga. Sampaikan makanan yang dipesan dah siap dan kedai tu dah ditutup, kami masih di dalam kedai karikatur tersebut. Ipar tolong bungkuskan baki makanan dan air untuk kami makan di dalam bilik hotel. Heheh....tapi puas hati juga la dengan hasil lakaran tu.






Keesokkan pagi, kami turun bersarapan di restoren berhadapan bilik hotel kami. Makanan dan minuman di situ boleh tahan juga la rasanya. Masing-masing melepaskan geram makan banyak-banyak sebab malam sebelumnya tak dapat makan sangat. 








Lepas bersarapan, kami ke tempat menunggu trem untuk ke Rumah Jepun. Perjalanan nak ke Rumah Jepun ni agak mencabar sedikit. Tapi yang terkilannyer, keadaan kesihatan mertua tidak membolehkan mereka ikut kami naik sampai ke bahagian atas bukit di mana Rumah Jepun itu berada. Kesian juga sebab mereka terpaksa berpatah balik ke hotel dan menunggu kami di sana saje. Kami sendiri tidak sampai ke Rumah Jepun tu sebab terlalu tinggi dan masing-masing dah penat berjalan kaki memanjat bukit yang agak curam tu.









Balik semula ke hotel, kami berjalan-jalan terlebih dahulu di sekitar Colmar Tropicale, bergambar dan membeli belah cenderamata untuk koleksi masing-masing. Tak banyak benda yang boleh dibeli di atas Colmar Tropicale, setakat ole-ole perhiasan sahaja. Pukul dua belas tengahari, kami semua beransur gerak balik menuju ke Seremban. Sebenarnya hati ni rasa terkilan juga sebab hajat nak melawat Taman Arnab tak kesampaian memandangkan masing-masing dah penat berjalan kaki. Turun je dari Colmar Tropicale, memang lalu simpang ke Taman Arnab, tapi suami dah terus memandu ke arah lebuhraya....sedihnyer....

Sampai je di Seremban, jam dah pukul tiga lebih. Tunggu suami merehatkan badan sekejap, lebih kurang jam enam petang, kami bergerak balik ke Melaka. Masa di rumah mertua, sekali lagi terjatuh, kali ini di tangga pula. Aduh! Nasib baik tangan dapat memegang dinding, cuma lutut kanan terhentak di bucu tangga, hati masa tu berdebar-debar dah. Suami yang masa tu dua tiga aras tangga di hadapan, berlari nak mendapatkan saya. Rasa nak menangis tapi rasa terkejut lebih menguasai diri. (Dah balik ke Melaka baru nampak lebam muncul di lutut..herm). Balik dari Seremban, saya pergi berurut peranakan di rumah Nek Kiah, bimbang apa-apa berlaku yang akan mendatangkan kesan sebab tersentak. Alhamdulillah, badan masih boleh bertahan dan tidak demam.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)