Hari ni terima dua berita gembira: anak buah sulung aku mendapat 9A dalam peperiksaan PMRnya. Mesti seronok betul Kak Long aku dengan kejayaan anak sulung dia. Tahniah ye Kak Yong sebab dapat gembirakan hati mama dan ayah Kak Yong!
Kegembiraan kedua pula sebab kebetulan hari ni menghadiri mesyuarat di sebuah kementarian di Presint 4, Putrajaya dan dapat berjumpa semula dengan bekas Pengarah jabatan aku. Seronok sebab nampak dia dah semakin enjoy dengan kehidupan dan persekitaran baru di sana. Betullah kata orang, bila terjadi sesuatu peristiwa yang pahit dalam hidup kita, ada hikmah disebalik semua yang terjadi, dan yang pastikan hikmah itu manis kesudahannya.
Thank youu Cikda ;))
ReplyDelete