Hari ni kak teh datang rumah mak masa aku tengah berperang kat dapur menyiapkan makan tengahari; dengan membawa bibik baru mak. Sedikit sebanyak seronok juga sebab bila dah ada bibik ni, plan cuti aku dah dipermudahkan. Kalau tak, aku dok fikir macam mana nak tinggalkan mak masa aku bercuti di luar Melaka minggu depan.
Nama bibik ni Yuni. Jadi, aku bahasakan diri dia Bibik Yuni. Berusia 42 tahun dan berasal dari Jawa Timur. Pernah datang Malaysia dulu pada tahun 2000 dan bekerja di kawasan ladang pertanian di Kedah. Belum pernah berkahwin, katanya. Ateh ade tunjuk pada Bibik Yuni serba sedikit cara nak menguruskan mak, dari ubat sehingga cara angkat mak di dalam bilik air. Setakat ni nampak ok la, cuma bila nak beri arahan, kena cakap slow2 dan sebutir2, sebab Bibik Yuni ni tak fasih sangat gaya bahasa orang Melayu.
Apa-apa, nanti aku update perkembangan bibik baru ni...cuma harap-harap yang kali ni tak banyak datangkan masalah.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)