22 December 2011

Mata Wang Baharu Malaysia


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.
Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.
Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.
"Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.
"Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro," menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi. 

Duit kertas baharu, katanya akan mula digunakan bulan Julai tahun depan....


Komen:
Wow.....mata wang baharu untuk tahun 2012! Nampak menarik dan berwarna warni. Pada aku, tak kisah la tukar berapa banyak kali pun, tapi Bank Negara kenalah pastikan duit baharu ni boleh diterima di mesin-mesin deposit tunai di bank-bank seluruh negara. Jangan jadi macam kes duit kertas RM50 yang baharu tu, asal nak beratur masukkan dalam mesin deposit tunai je, kena rejek lima enam kali. Naik menyampah pulak bila difikirkan semula. Dah la yang beratur kat belakang kita kemain panjang (ni kes bila gaji dah masuk dan nak bayar segala mak datuk hutang), mesin deposit tunai pula mengada-ngada rejek duit kertas RM50 baharu tu. Rasa nak gegarkan je mesin tu suruh dia telan duit tu cepat-cepat..huhu! Nak tak nak, memang kena bawa duit RM50 lama/baharu sebagai backup kalau-kalau dia buat hal tak nak terima duit kita tu.

Duit syiling baharu pun ada.....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)