Semalam masa aku berjumpa kawan baik aku yang datang bercuti ke Melaka dari Terengganu, aku ada bercerita dengan dia pasal bibik-bibik lama mak aku. Tiba-tiba masa berbual, aku dapat satu sms dari nombor hp yang aku tak kenal.
Salam...! K.ida ni sri semua shat ker nenek macam mana.
Aik, terkejut juga aku bila baca sms ni. Tak balik indon lagi ke budak ni? Hari tu ye-ye je nak balik Indon cepat-cepat.
Tapi, sorry la ye kalau nak harap aku balas balik sms dia. Tak de masa aku nak balas-balas sms dia, kang panjang plak cerita dia. Pagi tadi, aku bagitau mak pasal sms dari bibik lama ni. Mak tanya aku sama ada aku balas balik sms dia dan tanya dia berada di mana sekarang. Aku jawap aku tak balas dan tak ingin pun nak balas. Lantak dia la. Lepas tu mak pun buka la cerita, rupanya masa Ateh datang hantar bibik baru ke rumah semalam, Ateh ada bagitahu mak pasal bibik Sri tu sekarang masih bekerja di Malaysia dan tak balik lagi ke Indon. Itu pun pasal agen dia yang bagi tahu pada Ateh.
Entah apa yang agen tu dah buat cerita kat bibik Seri ni, pasal orang kampung di kat Indon akan pandang serong kalau dia balik sana tanpa duit la, pasal sedara mara akan dok mengendeng kat dia bila tahu dia balik bawa duit dari Malaysia la. Mungkin agen dia nak takut-takutkan dak Seri tak nak bagi dia balik sana. Lepas tu, agen dia pujuk dak Seri ni kerja lagi 2 tahun kat Malaysia kat rumah orang. Duit gaji yang Ateh aku bagi tu agen dia belikan barang kemas untuk dak Seri pakai.
Agaknya sebab tu la aku dapat sms dari dak Seri guna nombor hp Malaysia. Dah elok-elok kerja kat rumah aku dan kerja setakat jaga orang tua je, ni gatal-gatal nak berhenti kerja, konon dapat balik ke Indon le. Kami semua dah agak dah, dengan apa cara sekali pun memang agen dia tak akan bagi dia balik, mesti agen dia akan peras dak Seri bekerja lama lagi di Malaysia dengan pegang semua duit gaji dia. Mak aku pun dah puas nasihat dia sebelum hantar dia pada agen masa tu, tapi dia berkeras juga nak jumpa agen dan minta balik ke Indon. Jadi, sekarang nasib dia la apa jadi kat dia.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)