09 November 2011

Masuk Suka-Suka, Dapat Baucer KFC



Iklan Daia tempohari
Alhamdulillah, semalam lepas sampai rumah hampir tengah malam dari site, nampak ada 3 pucuk surat atas nama aku dan encik suami. Cuak juga tak tahu siapa pengirimnya. Bila buka, aku tersenyum gembira sebab tengok ada baucer percuma KFC dari syarikat pengeluar sabun pencuci pakaian Daia. Baru aku teringat, beberapa bulan lepas aku ada hantar penyertaan bukti pembelian produk Daia berupa barkod lepas tengok iklan pertandingan ni di dalam surat khabar. Ingatkan saje-saje suka je hantar, kebetulan kat rumah pun memang ada pakai produk Daia. Alhamdulillah....dapat baucer RM20 KFC, jadi laa.....encik suami gelak je sebab dia terperanjat nama dia terpapar kat sampul surat tu, dia tak tahu aku saja letak nama dia masa hantar penyertaan tempohari.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)