08 November 2011

Hyperphobia? ...Tidak Lagi


Sejak seminggu dua ni, kena buat tugasan luar dengan memanjat tiang LED Scoreboard di site. Bayangkan, dalam team kami seramai hampir 14 orang, cuma aku seorang perempuan. Nak beri excuse macam tak patut pula. Tambahan pula, budak-budak dalam team mencabar aku panjat sekali tiang LED tu, dan bukan sekadar tengok dari bawah dan beri arahan.

Mula-mula tu memang aku agak gayat juga. Herm, pembetulan! Bukan agak gayat, tapi SANGAT gayat. Sudah la tak ada tempat besi pemegang yang boleh diharapkan untuk berpaut, sayup-sayup je tengok kat bawah tu. Panjat tangga sampai paling atas, tetiba kaki dah rasa kaku, nak turun pun takut, nak naik pun takut. Budak-budak lelaki tu dah tengok muka aku cuak semacam je. Baca bismillah banyak kali, last-last jejak juga kaki kat aras bumbung LED tu.

Dah naik satu hal, nak turun pun satu hal juga. Rasa nak muntah tengok lantai kat bawah tangga tu. Dah naik tempat tinggi, budak-budak lelaki tu cabar pula panjat tangga struktur besi LED yang ada 4 aras tu. Aras 1 hingga 3 berbumbung, tapi yang paling atas tu berbumbungkan langit je. Oh, tidak! Setakat aras 1 je la aku mampu menjejakkan kaki, aras yang lain memang aku angkat bendera putih, sangat tinggi....

Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Dah dua tiga kali naik turun LED scoreboard tu, aku dah hilang rasa gayat berada di tempat tinggi. Dah boleh kawal rasa gementar dan cuak bila memanjat tangga dan tiang LED tu. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)