Sedih...... |
Semalam hujan lebat betul. Waktu sampai kat rumah mak cik sedara nak ambil mak, aku jatuh tergelincir sebab lantai licin. Nasib baik punggung tak terhentak atas lantai sebab aku tahan dengan kaki. Tersentak juga la perasaan aku masa tu tapi aku tak tunjukkan pada orang lain.
Sampai rumah, lepas uruskan mak solat maghrib, aku bersiap nak mandi, tapi badan rasa dedau macam nak demam. Aduh, pinggang pula rasa sengal-sengal mungkin sebab tergelincir tadi. Aku baring nak rehat sekejap nak hilangkan rasa dedau badan , terus terlelap. Sedar-sedar dah pukul 8.30 malam. Terlepas waktu solat maghrib pulak.....
Aku sms suami, bagitahu dia yang aku tergelincir. Cemas juga dia, dia cuba call tapi network coverage masa tu tak berapa elok sebab masih hujan lebat. Jadi, dia hanya dapat sms aku bertanya khabar. Aku bagitahu dia aku ok, cuma badan rasa nak demam sebab terkejut dan sakit badan belakang.
Lepas suami balik, aku temankan dia makan dalam bilik. Dia gosok-gosok belakang badan aku. Mula-mula tu, aku cuba tahan diri dari rasa sedih tapi tak boleh. Suami pula asyik pandang muka aku, dia tarik tangan aku dan biarkan aku peluk dia. Masa tu, aku dah meleleh airmata. Mudahnye airmata aku mengalir kebelakangan ni....aku bisik kat telinga dia, Ida teringin sangat nak mengandungkan anak abang...Tapi tiap kali naluri aku mendesak untuk mengandung, macam-macam dugaan yang datang. Macam susah sangat perjalanan aku nak menjadi seorang ibu.
Dia kata dia tahu dan memang berharap aku mengandung. Dia kata kalau ditakdirkan kami berdua tak ada zuriat, dia terima. Kehadiran aku sebagai isteri disisi dia pun sudah memadai. Makin deras airmata aku mengalir bila dengar ungkapannya tu, sayu hati dibuatnya. Sebenarnya aku trauma untuk jatuh sekali lagi selepas kejadian jatuh terduduk di rumah mertua beberapa bulan selepas kawin. Sakit belakang yang menimpa tulang belakang aku masih belum sembuh sampai sekarang.
P/s: Kalau ikutkan hari ni dah 5 hari lewat datang period...hati belum cukup kuat nak buat ujian kehamilan, takut kecewa lagi. Tanda-tanda nak period pun tak menjelma macam sebelum ni. Tak pasti sama ada ini kesan daripada aku tinggalkan 1 kitaran makan ubat hormon atau tidak. Tapi kebelakangan ni perasan kepala selalu pening/dizzy masa tengah buat kerja. Atau mungkin itu sekadar perasaan saje...?
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)