24 October 2011

Menjelang 1 Tahun

Sabtu ni genap setahun usia perkahwinan dengan encik suami. Bercampur baur perasaan.
Dalam proses melupakan stress bila diasak dengan soalan 'bila nak berisi?'. Abaikan. 
Bahagia dengan kehadiran suami dah cukup bagi aku. Makin hari main bertambah sayang dan rindu pada encik suami. Perasaan tu lebih meluap-luap berbanding sebelum kawin dan masa bercouple. Perselisihan faham dan merajuk memang ada, mustahil tiada walaupun masih dalam awal perkahwinan atau lebih mudah disebut fasa bulan madu. Tapi, bila hati masih-masing dah sejuk, proses berbaik-baik terasa sangat indah.


Masih dalam proses menerima baik buruk sikap pasangan dalam kehidupan berkeluarga. Apa yang tidak kena di mata, tegur menegur tu perlu. Pada aku, kalau pun sayang sangat pasangan kita, kalau apa yang dia buat tu ternyata salah, kenalah tegur dengan cara paling halus supaya perasaan masing-masing tak tercalar. Aku pun bukanlah sempurna sangat, banyak lagi yang kena belajar. Sikap panas baran aku kadang-kadang encik suami tegur juga. Masa aku tengah marah dan membebel dia tak akan jawap, dia tunggu aku luah semua benda lepas tu dia peluk atau usap tangan aku, kemudian dia slow talk dengan aku. Masa tu rasa macam gundah gulana dan amarah dalam hati ni dibawa pergi perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)