Masa jalan-jalan waktu rehat di Mydin tadi, tertarik plak nak ambik gambar hiasan kolam yang dipamerkan untuk orang ramai. Cantik!
Kebetulan esok cuti sempena hari deepavali, tak tahu nak kemana, tapi yang pasti nak duduk rumah layan mak, kemas rumah dan memasak. Oh, lupa nak bagitahu, bibik ketiga aku pun dah berhenti kerja ahad lepas. Agak kelam kabut nak menguruskan semula mak, tapi alhamdulillah semua kerja dapat diselesaikan. Malas dah nak fikir-fikir pasal bibik ni, dah dia kata nak berhenti sangat dan balik indonesia (tu pun kalau ler agen dia tak tipu dia), jadi aku malas nak tahan-tahan dia. Cuma kesian kat mak la, nak kena adjust balik timetable mak. So far, dua hari aku menguruskan mak, alhamdulillah...sebenarnya seronok dapat jaga semula mak, selama bibik ada ni, banyak harapkan bibik bantu uruskan mak. Bila dapat berbual dengan mak masa temankan mak kat ruang tamu , rasa best sangat....
Balik dari kerja, aku kena bergegas balik ke rumah mak cik sedara yang tumpangkan mak waktu aku bekerja. Lepas tu, sampai rumah uruskan mak dan angkat baju di ampaian, aku mandi dan solat asar, memasak untuk mak dan encik suami. Lepas masak dalam 8 lebih, temankan mak makan sambil tengok tv sementara tunggu encik suami balik dari kerja. Sambil-sambil tu, duduk bersila lipat baju dan gosok baju kerja aku dan encik suami.
Sebelum tidur, uruskan mak solat isyak, siapkan katil mak lepas tu angkat mak naik atas katil. Masa tu encik suami dah sampai rumah, nak uruskan encik suami punya keperluan pulak. Lepas jenguk mak tidur, temankan encik suami makan pula lepas dia mandi. Mata dok perati apa benda lagi tak selesai. By the time nak masuk tidur, memang mata dah kuyu sangat. Letak je kepala atas bantal, memang cepat je mata nak pejam. Sejak mak tidur kat bahagian tengah rumah ni, memang aku sengaja bukakan pintu bilik, memudahkan aku dengar kalau-kalau mak panggil waktu subuh atau mak nak terkencing/buang air besar. Nasib baik encik suami paham dan tak merungut.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)