17 October 2011

Roadtax Dah Pudar?


Apa macam ni? Baru dua tiga hari ni perasan, roadtax yang tertampal di skrin kereta dah pudar, nak baca tulisan kat roadtax tu pun kena makan masa. Ni lah salah satu sebab kenapa kereta tak boleh didedahkan lama-lama di bawah pancaran matahari (cara-cara nak buat alasan minta parkir berbumbung kat opis). Sebelum apa-apa, baik salin dulu tarikh tamat roadtax dan letak kat mana-mana untuk senang ingat. Risau kalau-kalau kena tahan masa roadblock, takkan nak wat lawak kejam kat pakcik polis tu lak kan? Contohnya macam ni...

Polis  : Ni kenapa roadtax tak nampak tulisan ni?
Aku   : Eh, ada la tu encik...cuba tengok betul-betul.....kalau tak nampak, dah tak lama la tu, lagi 3 jumaat je tu...(sambil buat muka sinis!).....hehehe

Polis   : Eh budak ni.....

Agak-agak korunk, kalau aku cakap macam tu...kena tidur lokap tak barang semalam dua? Huhuhu....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)