Dari malam kelmarin hingga awal pagi tadi bekalan air di kawasan Sungai Udang, Tangga Batu, Bukit Rambai dan Batu berendam terganggu. Jadi, urusan nak membasuh baju, memasak dan lain-lain memang terjejas teruk. Aku telefon bahagian aduan kerosakan SAMB, tapi memang jawapan diorunk mengecewakan. Bulan-bulan puasa ni pulak nak buat hal takde air. Nak tak nak, memang beli lauk pauk untuk berbuka puasa di luar. Kak Lang aku telefon dan suruh aku beli 2-3 jenis lauk sebelum sampai rumah. Aku kata ok je.
Selama ni memang tak pernah beli lauk pauk di bazar ramadhan sebab memang masak di rumah je. Tapi memang semalam aku terperanjat giler bila bayar 3 jenis lauk sampai RM16! Lauk yang aku ambik 2 ketul ayam sambal goreng (RM6), lauk paru goreng dengan kacang panjang (RM6) dan lauk masak lemak pucuk ubi tempoyak (RM4). Aku macam.....WTH?! Aku tengok makcik tu kire satu senduk (kecik lak tu senduk dia) bersamaan RM2. Pergh.....tak boleh jadi ni. Air punya pasal, duit pulak melayang. Balik je kat rumah, aku cerita dengan mak. Mak cakap nak buat macam mana, masa ni la peniaga-peniaga di bazar ramadhan nak ketuk betul-betul pembeli terutamanya bila kes tak ada air kat kawasan perumahan.
Kak Lang aku balik rumah pun mengomel, dia beli lauk daging masak kentang kena sampai RM9. Tu pun kire pakai sukatan senduk kecil. Nasib baik kak Lang aku terdengar mak cik tu kira sambil menyenduk lauk. Satu senduk 3 ringgit....masuk 3 senduk dah 9 ringgit. Sib baik dia dengar, kalau tak mahu berbelas ringgit untuk satu lauk tu je.
Ni la lauk-lauknya....
Nak dijadikan cerita,sampai ke sudah (lepas berbuka) pun air tak sampai-sampai lagi. Yang dah melekit satu badan, tak mandi dari balik sekolah, nak solat tak boleh sebab air kolah sedikit..aduh! Geram dibuatnya. Kak Lang telefon rumah mak sedara kat kampung, tanya ada air tak. Nasib baik kat kampung dah mula ada air walaupun aliran masih perlahan. Lepas solat maghrib, aku ikut kak Lang dan anak buah ke rumah mak Lang untuk ambil bekalan air.
Kebetulan aku terjaga jam 3 pagi tadi nak buang air, aku perasan air dah mula ada sebab kolah dalam bilik air dah mula separuh penuh tapi air yang sampai tak berapa banyak. Alhamdulillah.....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)