Jumaat lepas, lepas waktu kerja, suami ambil di opis dan kami terus bergerak masuk highway untuk balik berbuka puasa di rumah mertua di Seremban. Aku cakap kat suami, minta singgah di mana-mana R&R untuk solat asar sekejap sebab tak sempat solat kat opis tadi. Jadi kami singgah solat asar di R&R Ayer Keroh sebelum meneruskan perjalanan.
Sampai kawasan Senawang (kalau tak silap), suasana mendung bertukar hujan lebat. Sampai ke Seremban hujan masih turun, sekejap lebat sekejap renyai. Suami terus memandu ke Seremban 2 untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum sampai ke rumah mertua. Sibuk membeli juadah, sampai-sampai je di rumah mertua jam dah menunjukkan 6.45 petang. Tolong hidang apa yang patut, pastu aku duduk kat meja makan tunggu waktu berbuka. Heheh....
Ingatkan nak duduk lama sikit di rumah mertua sampai waktu sahur, tapi lepas solat maghrib aku baru perasan aku lupa pesan suami bawakan sekali ubat-ubat hormon aku. Aduh! Terpaksa la balik semula ke Melaka malam tu juga. Nasib baik suami tak mengajuk dengan aku sebab aku yang beria-ria ajak dia bersahur kat rumah mertua....hehe....
Balik tu sempat singgah bazar ramadhan di depan Tesco Melaka berdekatan Taman Cempaka, ingatkan nak tengok-tengok dulu baju kurung raya. Memang banyak pilihan tapi aku masih tak nampak mana satu yang menarik....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)