Nampak tak tu? Cuba teka apa tu? Pada yang tahu dan pandai meneka....ya, itu uban. Uban siapa? Uban mak saya.
Sedar tak sedar, dari bulan Mac sampai sekarang aku dah jarang buat aktiviti mak-dan-anak ni bila ada masa lapang. Macam yang mak pernah cakap dulu, setiap seorang anak mak ada kelebihan dan kekurangannya. Macam along aku, dia sangat pembersih dan suka mengemas rumah. Kalau berguru dengan dia, memang rumah akan jadi macam muzium yang tak berhabuk langsung. Hehehe....Mak kata alang aku pandai masak dan mak boleh makan lauk yang alang masak tanpa banyak komen. Ateh plak banyak buat kami sekeluarga ketawa dengan lawak dia. Aku? Mak kata aku pandai cabut uban mak. Adik beradik yang lain tahu juga cabut uban mak, tapi aku cabut lagi best..hehe. Adik bongsu aku pula mak kata pandai masak macam alang aku. Tapi, ehem ehem.....nak juga bagitahu, sejak-sejak mak sakit dan tak boleh memasak (cuma beri arahan je mcm mana nak masak), aku dah mula pandai masak dan lauk kegemaran mak hasil air tangan aku adalah asam pedas ikan jenak. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku kena beli ikan jenak dan mak akan suruh buat lauk asam pedas ikan jenak.
Balik semula kepada topik asal, sejak mak sakit dan bertukar-tukar bibik ni, aku dah kurang buat aktiviti mencabut uban mak. Bukan sengaja tapi balik je dari kerja, aku jadi sangat letih sebab nak sambung kerja rumah lagi. Bukan tak nampak rambut mak dah makin memutih, tapi tak sempat nak membelek rambut mak dan mencabut uban yang makin tumbuh merimbun tu. Kesian mak tergaru-garu kepala sebab rasa gatal uban tumbuh banyak sangat.
Ahad lepas, masa mak baring-baring kat ruang tamu, aku pula baru lepas jemur baju di ampaian, aku duduk sebelah mak. Aku belek mak. Memutih dah rambut mak aku ni.....Aku tanya mak, nak ida cabutkan uban tak? Mak kata nak....mak kata dah lama aku tak cabut uban untuk mak. Sebak pulak rasa hati ni. Aku cari alat mencabut uban, dan terus duduk atas sofa dan selak-selak rambut mak. Sebetulnya tak perlu selak-selak lagi, memang dah jelas nampak uban-uban tu. Sambil cabut uban, aku layan tengok rancangan tv. Tak sampai sejam, itulah hasilnya. Banyakkan? Itu baru sebelah kanan rambut mak. Belum usik rambut belah kiri lagi. Laaagiii memutih. Aku tunjuk pada mak, terkejut mak! Banyak...mak kata. Kebiasaan aku, aku memang suka kumpul uban mak untuk tunjuk pada mak semula. Adik aku tak suka kumpul, dia cabut lepas tu dia buang...mak selalu ngomel nak tengok dulu baru buang...hehehe....
Aku suka cabut uban mak. Sebab masa ni la aku dapat usap kepala mak puas-puas dan dapat cium pipi mak masa mak tidur. Seronok. Puas.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)