Bondaku Fatimah Bte Ahmat...
Selamat hari lahir bondaku ke-66 tahun hari ini.
Tarikh 1 Julai ini sentiasa dinanti-nantikan terutamanya selepas mak jatuh sakit. Apabila sudah merasai ujian getir yang menimpa keluarga kami, kami adik beradik sedar setiap detik bersama bonda sangat-sangat perlu dihargai. Kebahagian dan kesihatan bonda kini jadi keutamaan kami.
Mak,
Ida sayang sangat mak.
Tiada siapa yang dapat gantikan tempat mak di hati ida.
Senyuman manis mak yang paling ida rindukan.
Doa dan keredhaan mak yang paling ida dambakan.
Banyak dosa dan perkara yang menyakitkan hati mak ida dah pernah buat.
Kalau boleh, ida tak mahu melihat airmata kesedihan dan kesakitan mak lagi.
Setiap kali selepas solat, ida berdoa pada Allah, berilah peluang kepada ida untuk berbakti pada mak sehingga ke akhir hayat mak.
Berilah kekuatan dan ketabahan hati kepada ida adik beradik untuk menguruskan mak sesempurna mak menguruskan kami sedari kecil dahulu sehingga kini.
Mak ada kami adik beradik 6 orang, tapi kami adik beradik cuma ada seorang sahaja mak di dunia ini.
Selagi Allah masih menerima doa Ida, Ida bermohon pada Allah agar panjangkan usia mak untuk melihat kejayaan kami adik beradik, agar mak dapat mendoakan keberkatan hidup kami di dunia dan di akhirat kelak..amin!
Sambutan hari lahir mak kali ni kami adakan di Restoren Tomyam Klasik berdekatan rumah Ateh. Kali ini hanya aku, anur suami isteri dan famili ateh je yang dapat datang. Alang sibuk ke Cyberjaya menguruskan hal kad pengenalan Haziq. Lepas waktu kerja, kami berkumpul di rumah ateh, dan selepas solat maghrib terus ke restoren tersebut.
Makanan yang dipesan |
Wafi yang makin bulat. Dah pandai sengih tunjuk gigi baru tumbuh. |
Pengantin jadi tukang ceduk lauk..hehe |
Ikan jenak masak 3 rasa |
Dengan bonda yang dirai |
Opss...gelap pulak gambar ni |
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)