04 July 2011

Roti Jala, Kuah Kari Ayam


Pagi sabtu, minta mak ajar buat roti jala dan kuah kari ayam.

Tapi, disebabkan banyak kerja-kerja rumah nak diselesaikan serentak, adik aku yang sedang bercuti ambik part belajar buat roti jala, dan aku belajar buat kuah kari dia. Hehehe....

Tepung Roti Jala

Bahan-Bahan

½ kg tepung gandum cap wau (apa2 jenama pun boleh)
Secukup rasa garam halus
Satu kotak santan kelapa
Air
Pewarna kuning telur
2 biji telur

Cara-cara Memasak:

Tepung dan garam di campurkan
Masukkan santan kotak
Gaul sehingga rata
Tambah air sehingga adunan separa cair
Masuk adunan di dalam blander
Tambah sedikit lagi air (supaya adunan boleh berputar dalam blander)
Tambah 10 titik pewarna kuning telur
Masukkan telur
Blend sehingga agak halus
Masukkan dalam bekas ...dah boleh start buat roti jala.

*******************************************************************
Kuah Kari Roti Jala

Bahan-Bahan

Bahan A:

1 sudu kerisik
1-1 ½ sudu cili mesin
3 sudu kari ayam dan daging adabi
2 biji bawang merah sedang- diblend
2 biji bawang kecil- diblend
2cm halia- diblend

Bahan B:
½ kg daging ayam/daging – dipotong kecil
2 biji kentang – dipotong dadu kecil-kecil
1 genggam kacang dhal (direndam semalaman)
Lain-lain Bahan:

4-5 batang daun kari
1 ½ kotak santan segar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula
Cukup Rasa

Cara Masak:

1) Bahan B rebus sampai empuk kentang, daging dan kacang dhalnya.
2) Dah empuk, asingkan air dan isinya.
3) Letak tepi.
4) Isi minyak dalam periuk, tumiskan bahan A, serbuk kunyit.
5) Bila dah garing sedkit, masukkan santan, isi bahan B dan daun kari.
6) Bila dah mesra, masukkan air rebusan bahan B tadi.
7) Kalau kurang air, tambah ½ cawan air.
8) Tambah garam, gula dan cukup rasa.
9) Siap!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)