27 June 2011

Makanan Kegemaran Mak - Tauhu Sumbat



Makanan kegemaran mak - tauhu goreng sumbat.

Aku pun dah jadi terikut-ikut dengan selera mak. Kalau tetiba mak terasa nak makan, mesti mak pesan beli tauhu goreng lebih sikit di pasar, lengkap dengan bahan-bahannya. Kuah asam tu kena ikut selera mak juga, cukup asamnyer, pedas, manis....kalau ok pada mak, memang bertambah mak makan. Seronok tengok mak ada selera nak makan.

Resepi Kuih Cili Tauhu Sumbat

Bahan-bahan :
5 batang cili merah*
1 biji bawang putih*
1 - 1 1/2 sudu gula pasir
Sedikit garam
1 keping asam keping
1 cawan air
1/2 sudu teh tepung jagung (untuk pekatkan kuah -optional!)

Cara Memasak :
1) Tumbuk cili merah dan bawang putih
2) Masukkan bahan tumbuk dalam periuk kecil, lepas tu tuangkan air.
3) Kacau atas api yang sederhana.
4) Masukkan gula, tepung jagung dan garam.
5) Bila dah mendidih sedikit kuah, masukkan asam keping.
6) Siap!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)